Aku memandang mukabuku dari sisi yang positif sahaja. Bukan sesuatu yang berbentuk rasmi dan tidak juga yang bersifat terlalu peribadi. Tempat mengumpul sahabat lama, bercerita tentang kisah semalam yang penuh kenangan dan bercerita tentang cita-cita masa hadapan. Pendek kata aku mahu yang manis-manis sahaja.
Entah kenapa semenjak akhir-akhir ini, mukabuku itu seolah-olah menjadi tempat untuk meluahkan emosi tidak karuan. Menjadi medan politik hingga mencetuskan api ketidaktentuan.
Ada juga yang menggunakan gambar-gambar kawan untuk jadi bahan ketawa. Pada pendapat aku, adalah tidak bermoral memaparkan gambar lama kawan kita yang tidak menutup aurat padahal kita tahu di khayalan ramai dia memang menutup aurat.
Ada juga edisi mengata kawan kita sebagai gebu dan sebagainya. Kalau dari dulu sampai sekarang dia memang gebu mungkin tidak jadi masalah. Tapi jika dulu dia melidi, sekarang gebu, adalah tidak adil memperkatakan tentang kegebuannya itu. Seolah-olah lupa melihat cermin diri sendiri. Mungkin tidak gebu, tapi lihat garis-garis muka kian merata dimuka, mungkin juga dicelah-celah rambut hitam ada helaian warna putih, mungkin juga dulu gigi penuh sekarang ada yang ronggak. Masa itu mengubah fizikal seseorang. Oleh itu alangkah bagusnya medium itu digunakan untuk bercerita dan memaparkan yang manis-manis sahaja, kerana kita tak tau samada esok masih ada atau tidak untuk kita.
kau jangan tak tau sekarang orang berdoa pon guna facebook, segala rahsia peribadi pon kena kongsi sampai aku pun naik menyampah baca
ReplyDeleteLan.. ada jgak org yg ari2 ckap dia ensem... poyo je bdak tu.. (saya mmg poyo) hehe..
ReplyDeletetp sbnrnya aku mmg suka bdebat pda bnda yg aku tau ttg hukum.. cuma xska politik 24 jam.. sbb fb ni bleh rapatkn org & kwn2 jauh dan kdg2 jgak bleh mkin jauhkan hubngn antara shbat2..
ReplyDeleteLan,
ReplyDeleteDia berdoa kat FB cz dia tau ada ramai yang akan mengaminkan doanya. 40 org doakan makbul doa. Tapi kalau takat doa tiada usaha, tiada maknanya.
Arai,
Ko memang poyo cz hari2 cakap 'aku hensem'. Tapi kalau dah tiap2 hari ckp 'ko hensem' memang ko hensem la. sapa lagi nk memuji kalau bukan diri sendiri. Kerana jika kita memuji diri sendiri sekali umpama 10 orang puji kita gitu jgk sebaliknya.
Aku juga suka if dijadikan perdebatan mengenai hukum sekurang2kurangnya ada jgk ilmu yg blh dikongsi. Tapi bab politik memang akan merenggangkan hubungan persahabatan yg dh terbina bertahun-tahun. Musnah hanya dengan sebaris ayat di wall. sungguh sadis.