Entah kenapa aku melihat iklan dan drama di televisyen akhir-akhir lebih bersifat komersial. Orang akan ingat iklan bila beli produk. Pernah tengok iklan seorang lelaki dari sebuah rumah yang kecil berjumpa jin untuk meminta 'power'? Mula-mula aku iklan ini keluar aku ingat dia minta 'power' untuk jadi kaya, rupanya 'power' lain. Iklan itu berakhir dgn lelaki itu berkejaran dengan isteri masuk ke rumah buruk mereka.
Suka tengok drama? Slot mana pilihan anda? Sebelah petang, waktu perdana, atau malam? Ha! Ha! Ha! namapak sangat aku macam tak ada kerjakan? Tapi entah mengapa sejak akhir-akhir ini drama di TV# macam memualkan. Kecurangan, hamil luar nikah dan mempunyai anak luar nikah. Bermula dengan Chinta; seorang pelacur kelas atasan, mempunyai anak luar nikah yang bernama Chinta juga. Qabil dan Habil dua orang lelaki yang hidup dimuka bumi hasil dari kejurangan ibu dan bapanya dengan laki-laki dan perempuan lain. Asmara pula seorang lelaki yang dikehendaki menjadi 'yess-man' pada seorang remaja perempuan kerana terlanjur.
Adakah ia benar-benar cermin wajah masyarakat kita? Perkahwinan hanya untuk menghalalkan seks? Ramainya lahir anak luar nikah? Tidakkah sepatutnya drama berfungsi sebagai agen perubahan
salam kenal kak. first time tinggalkan jejak :D
ReplyDeletesebut psl "drama sepatutnya fungsi perubahan", saya jadi etringat pd seorang pembuat filem/drama/iklan (?) terkenal tanahair (yg dah tiada ;) ), masa orang kritik cerita "gubra" yang dia buat. dia kata dia hanya memaparkan realiti masyarakat, dan saya saaaangat tak bersetuju dgn alasan itu. sebab apa yg kita keluarkan di tv/wayang etc, itulah yg akan mendidik cara pemikiran rakyat. kalau dah tiap2 hari kita dihidangkan cerita2 yg based on rogol, seks bebas, pelacuran, suami/isteri curang etc, mmg lambat laun kita akan rasa biasa dengan fenomena tu. n inilah yg bahayanya..ia akan jadi budaya yg diterima pakai oleh semua.
sama mcm adegan kissing, atau budaya one night stand yg byk ada dlm cerita hollywood terutamanya. cerita mcm tu dah kita tgk sejak kecik, dan sekarang benda tu dah jadi biasa, ramai org buat tanpa rasa bersalah. huhu..
menakutkan kan, kuasa media?
necchan,
ReplyDeletePaling takut if anak2 kita,adik2 kita ckp, tu kat TV blh buat mcm tu.....
akak tak sempat tengok tv pun. memang tak sempat. to think about it. bagus jugak tak sempat. sebab bila layan jugak sekali sekala tu memang sungguh mematikan sel sel otak! :D
ReplyDeleteknv
ReplyDeletehe3! msa itu emas. Kena buat 3, 4 benda dlm 1 msa.Baru boleh rsa n buat semua benda.