Pages

Monday, December 20, 2010

20hb Disember Ini......

Hari ini genap 32 tahun usiaku. Hu3! dah tua ! Rasanya macam baru semalam tinggalkan alam sekolah. Statement perasan tak sudah! sila abaikan. Kalau korang nk tahu, tarikh lahir aku tak pernah di sambut dan diingat oleh kawan-kawan kerana setiap kali tarikh lahir aku, mesti jatuh masa cuti sekolah. Jadi sambut beli kek sendiri dan potong sendiri. Asal bahagia.

Tapi sambutan tarikh lahir terakhir di UUM adalah kenangan terindah. Sudahlah konon nak suprise aku tak jadik. Kalian bayangkan sejak bila ada 'edisi' nak meminjam matriks kad aku untuk ke library? Dah la tak logik, sejak bila perpustakaan UUM dibuka sampai pukul 10.30 malam? Satu hal lagi sejak bila library UUM di buka malam minggu? Korang kalau nak menipu 'si kaki tidur tegar' di library UUM ni patut-patut la! Walaupun dah terkantoi, tapi aku layan jugaklah. Lilin dinyalakan di keliling gelanggang takraw Kolej Kediaman Telekom UUM. Macam-macam perasaan ada ketika itu, teringat geng-geng lain yang dah grad. Em... terima kasih untuk Citot, Chintana, Fauzol dan Rudi. Terima kasih untuk kenangan terindah ini. Hanya Tuhan Pencipta Alam dapat membalasnya.

Tapi untuk kalian yang lain juga ada kenangan terindah ketika buat sambutan besday kawan-kawan lain. Biar tak seberapa persiapannya, hanya sekadar minum-minum dan makan-makan sebagai mahasiswa yang 'agak sengkek'. Ingat lagi siapa yang patahkan pokok gara-gara nak panjat pokok di malam hari. Op!...
Al-Fatihah untuk sahabat kita Ratino bin Sukarno yang telah pergi menghadap Ilahi. Mudah-mudahan rohnya ditempatkan dikalangan orang yang Soleh. Ameen.

Gambar Ni Ketika Main Boling Time Bulan Puasa 2001 Di Penang. Arwah Ratino berdiri sebelah kiri.




2 comments:

  1. Arai,
    Serius? ke gambar kabur? aku dah try tpi still kabur gambr lama ni. zaman kita ni kamera digital tak de lgi kot. klu ada mahal yg amat.

    ReplyDelete