Pages

Thursday, December 16, 2010

Aku Di Ketawakan......

Seringkali ada sindiran sinis, mentertawakan aku bila ditanya 'kenapa aku masih kerja di sini? tak mohon kerja lainkah?" Salahkah aku menjawab bahawa dalam aku dalam proses untuk belajar berniaga. Lucukah? Apatah lagi dengan tertubuhnya blog azrinna-kiosk. Ditambah dengan wujudnya page baru Satey. Ada yang menyindir aku 'ko nak bakar satey dengan Shaklee?'. Jawapan aku, '2 benda yang berbeza, tetapi perlu kembali menjadi satu'. Anda faham maksudnya? , aku wujudkan blog azrinna-kiosk itu untuk kongsi sedikit ilmu berkaitan kesihatan yang aku baca atau ketika menghadiri ceramah keibubapaan ketika aku dijemput memberi ceramah. Selain itu aku kongsi mengenai kebaikan produk Shaklee setelah 2 tahun menggunakannya setelah berkenalan ketika menyusukan Danish. Satey pula adalah produk warisan keluarga yang perlu aku pertahankan. Sekurang-kurangnya anak aku nanti tak payah susah-susah cari kerja, mereka cuma perlu menambahbaikkan perniagaan ini dengan ilmu yang mereka perolehi.

Jadi apa kaitannya dengan '2 benda yang berbeza, tetapi perlu kembali menjadi satu' ?
Untuk mengekalkan kesihatan untuk menjayakan Satey memerlukan ilmu dan makanan kesihatan di azrinna-kiosk. Selain itu, untuk beribadah juga memerlukan keduanya menjadi satu, kerana untuk melaksanakan ibadah memerlukan kesihatan yang baik bagi memastikan hadirnya keikhlasan bukan paksaan.
Selain itu, untuk menunaikan zakat dan sedekah juga memerlukan keduanya hadir menjadi satu melalui keuntungan yang boleh disalurkan untuk keperluan umat Islam sejagat yang memerlukan. Anda dah faham ?

Kadang-kadang kita terlalu tertutup minda untuk berfikir sejenak, kerana menganggap cita-cita kawan kita sebagai sesuatu yang melucukan hingga menjadi bahan ketawa. Apa pasal aku emosi pulak ni? Em... tidak sekadar berkata-kata....








9 comments:

  1. don't worry dear. YOU will have the last laugh, not them.

    keep up the good work yeah! :D

    ReplyDelete
  2. knv,
    Tq knv,lama tak baca blog knv !

    ReplyDelete
  3. Camne ea nk ckap.. aku ada kwan yg xpandai gunting rambut, xpandai masak, xpandai repair kete tp dia pandai mengurus.. dan dia ada kedai gunting rambut, ada restoren & ada workshop!

    ilmu ttg sesuatu adlah kelebihan kalu bkk bisnes yg bkaitan..

    Hm.. ko rasa Tun M pandai masak roti sgt ke smpai kdai The loaf dia tu sgt maju? yg penting izin tuhan n bakat kita handle ssuatu tu..

    ReplyDelete
  4. terlibat dalam business memang memerlukan kita tebal telinga...kena kutuk, kena perli.. itu adalah perkara biasa.kalau kita sudah ada perancangan sendiri, kenapa perlu dengar kutukan orang lain, kan? biarkan sahaja..tak rugi untuk mencuba.

    ReplyDelete
  5. Arai,
    Aku pandai cakap aje lebih. The Loaf sangat maju dan aku percaya Dr M tak pandai buat roti. Chef The Loaf nama Yukichi Matsubara berkata keistimewaan The Loaf terletak pd kaedah pembuatan roti resepi dr Jepun.Bukan ke zaman Dr. M dulu lebih terarah Dasar Pandang Ke Timur.

    Kak Nusrah,
    Mereka yg ketawakan kita mungkin jadi terlalu selesa dengan jawatan yg disandang berbanding kita yg terpaksa bertungkus lumus demi sesuap nasi. Hingga kita selalu merancang dan bercita2 untuk keluar dari zon 'sesuap nasi' demi untuk mencari lebih suapan nasi bagi 'menyuap' saudara seagama kita.

    ReplyDelete
  6. Rin.. aku stuju.. sbb ada duit, pandai plan, pndai mngurus, sdikit faktor tuah & doa bnyk2 dan terus belajar..

    itulh rahsianya..

    aku pun xsuka sgt org yg rasa dia brada dlam "zon selesa".. nak tau slesa ke x, tngok zaman pencen nnti.. mula la nk mrungut2..

    ReplyDelete
  7. Arai,
    Aha! aku suka ayat 'tgk zaman pencen nanti'

    ReplyDelete
  8. Rin, kutukan-kutukan tu ko anggap sebagai cabaran utk ko terus maju. biar diaorang ketawa skang..tak lama lagi diaorang akan terkesima dgn kejayaan ko..tabahkan hati..

    ReplyDelete
  9. Rin, hidup penuh cabaran..tabah dan sabar menghadapinya..insyaallah..ko akan berjaya jua suatu hari nanti..kita sentiasa dalam ujianNYA..

    ReplyDelete