Pages

Wednesday, December 29, 2010

Bila Ilmu Hitam Menguasai Diri....

Wanita Hari ini (29 hb Disember 2010) mengupas tajuk Ilmu Hitam-Jalan Pintas, ada beberapa point yang aku nak share dengan pembaca blog picisan aku ini. Antaranya ;

*Jarang orang yang berjaya itu mengamalkan ilmu hitam untuk mendapatkan apa yang dia mahu, tetapi mereka sanggup bermati-matian berusaha keras untuk berjaya dan mencapai apa yang mereka mahukan. *Orang-orang yang menuduh orang yang berjaya ada mengamalkan ilmu hitam itu sebenarnya merasa orang yang berjaya itu tidak layak berjaya berbanding dengan dirinya.
*Bagi orang yang terkena ilmu hitam kena anggap apa yang berlaku adalah Qada' ketentuan Tuhan Semesta Alam agar hati tenang tidak timbul niat untuk membalas dendam dan sebagainya.

Mungkin ada sesuatu yang kita boleh ambil dari intipati perbincangan ini. Fikir dan renungkanlah..

No comments:

Post a Comment