20hb Dis 2010: Saja aku tak mahu cerita pada entry bertarikh tersebut sebab nak kumpul cerita di sini. Aku keluar melakukan tugas-tugas luar tetapi terlupa bawa kunci pejabat dan kebetulan semua tiada di pejabat. Ambik ko! Sepanjang perjalanan aku berfikir macamna nak masuk pejabat. Aku pergi ke owner bangunan kot-kot dia ada simpan master key pejabat. Tapi aku lupa yang aku telah menukar kunci pintu dan sebagainya. Akhirnya pekerja owner pejabat ini telah mengumpil pintu. Wah! selamat..... bermakna betul tarikh tu.Hadiah tarikh lahir. Eheh! pandai-pandai aje aku ni.
Pagi tadi kira-kira pukul 8.30pagi aku mendapat panggilan telefon dari nombor ini 0172x33x6x menyuruh aku mengambil barang Shaklee di Pejabat Gdex Tingkat 17. Pelik juga sejak bila Gdex malas nak hantar barang-barang yang beralamat pejabat tempat aku bekerja ni?!.
Tapi ada benda yang musykil sejak bila Gdex kat daerah aku ini ada tingkat 17 ? Lagi satu aku tak beli barang Shaklee semalam, tapi uruskan order pembeli saja, tapi itupun bukan alamat aku. Entah berapa kali aku check kembali email yang aku hantar ke Shaklee semalam. Betul bukan nama dan alamat aku. .. Pasal apa barang dihantar ke alamat aku pulak? Tapi ok lah aku pun tk tanya banyak. O! Shaklee silap hantar kot. Kalau betul silap aku courier kembali ke alamat pembeli asal.
Pukul 12 tengahari aku ke pejabat Gdex tapi staff Gdex kata tidak ada barang untuk aku. Lalu aku bertanya siapa yang call pagi tadi suruh ambil barang? Lalu kakitangan Gdex minta nombor telefon yang call aku pagi tadi. Si pemanggil ke si pengangkat mengatakan memang dia berada di HQ Gdex tapi tidak pernah menelefon aku. Abis siapa yang call aku pagi tadi. Pelik! Tapi apapun barang dah selamat sampai kepada empunyanya pukul 10pagi tadi Ahamdulillah.
No comments:
Post a Comment