Bila baca tajuk blog mommylyna ini tiba-tiba aku ingin berkongsi sesuatu tentang masa. 'Masa itu ada' sekali lagi pinjam ayat mommylyna.
Pada aku benda yang paling penting ialah hentikan memberi alasan tak ada masa. Kerana dalam pada kita bercakap tiada masa kita masih lagi duduk didepan skin komputer bermain 'game', sedangkan masa itu boleh kita gunakan untuk mengisi minda yang kosong dengan 'surf' bahan bermutu dari laman web.
Ada juga yang kata aku tak banyak kerja oleh kerana itu selalu boleh 'up-date' blog, tanpa mereka sedar aku 'up-date' blog sambil makan tengahari ! Mencari bahan untuk ditulis dengan menyediakan buku kecil untuk mencatat apa sahaja yang aku baca setiap hari. "Ko ni macam student la!" Apa salahnya kita ambil pengalaman menuntut ilmu bertahun dalam kehidupan kita seharian. Tak rugi pun. Masa Itu Ada!
Ada juga yang kata "ko senang, duduk dengan 'parent' semua tersedia!" Hukum alam mana dia belajar pun aku tak tahu, kerana aku seorang mulakan hari aku sebelum pukul 5 pagi dan berehat bila jam jejak pukul 1 pagi. Masih ada masa untuk membaca pada pukul 12.00 malam. Masa Itu Ada.
Memberi alasan tak ada masa kerana anak ramai juga adalh tidak sesuai, apa yang kita buat sebelum ada anak adakah cukup untuk membina kecermelangan? Kerana aku percaya dalam kesibukan menguruskan anak mengajar kita untuk menjaga masa. Contohnya bila anak jaga dan mahu bermain dengan kita, bermainlah dengan mereka kerana itu hak mereka. Tetapi jika mereka tidur apa kita buat? Adakah kita tidur juga? Aha! Masa itu ada!
Dalam aspek menjaga kesihatan senang cakap bersenamlah berapa ramai yang menjadikan ia rutin. Bila nak buat? tak ada masa? Pukul berapa anda bangun dan tidur setiap hari? Mesti ada yang tembak aku, ko bersenam setiap hari tetap debab jugak! Bersenam bukan niat untuk kurus. Aik! kalau bersenam untuk kurus memang anda tak kan kurus. Bersenamlah kerana anda sukakannya, bukan setakat kurus tapi ia akan menjadi rutin yang menyihatkan. Masa itu ada!
Secara peribadi aku juga sedang sibuk untuk belajar menguruskan masa sebaiknya. Walaupun dalam masa 2-3 jam macam-macam kerja aku lakukan tapi aku masih lihat masih ada ruang masa yang perlu aku isi. Catatan dan cabaran untuk diri sendiri. RIN, MASA ITU ADA!
No comments:
Post a Comment