Pages

Thursday, December 23, 2010

Mengapa Pilih Nama memoirrienn.blogspot ?

Mengapa saya memilih nama memoirrienn untuk blog picisan ini? sebenarnya saya mempunyai beberapa blog lain yang dah tak aktif, antaranya http://perchilworld.wordpress.com/2009/05/, bermula sekadar untuk membuat aduan rakyat pada jiwa yang kacau. Asal nama blog ini bukan memoirrienn tapi mamarienn. Oleh kerana ada seseorang yang membaca dan menggelar blog saya sebagai sampah lalu saya tukar url ke memoirrienn. biar dia tk dapat cari saya. putus kawan. lol! He!He!He!

Konsep memoirrien ni sama tetap untuk membuat aduan rakyat tetapi secara berhemah atau senang cakap berkias. Betapa berkiasnya sampai ada sesetengahnya bila saya baca balik, saya tak faham 'amenda aku tulis ni!". Kadang-kadang walau saya selitkan sesuatu yang berilmiah tapi ia tetap ada makna tersirat kerana ada peristiwa berlaku yang perlu saya jelaskan dalam bentuk tulisan. Agar tiada jiwa yang menderita mendengar bisanya mulutku ini. Apakah?

Mengapa tiba-tiba mengunakan saya bukan aku pulak ni? Kadang-kadang saya rasa blog ini bukan dibaca oleh teman-teman rapat saya sahaja, tetapi oleh orang lain. Jadi adalah sesuai sesekali menggunakan saya, tapi kalau swing mood, ada aku kisah?!

Saya lebih suka menjadikan memoirrienn ini sebagai catatan harian dalam bentuk casual tidak berlalu berat walau maksudnya tetap berat. Berat lagi bahu memikul - Bak kata Karam Singh Walia.

No comments:

Post a Comment