Tajuk macam amaran keras oleh Kerajaan Malaysia aje. Tidak! Tidak!Tidak! Sekadar tajuk. Tapi benda yang nak aku hurai adalah 'casual' saja. Dalam gelak-gelak poyo ada maksud tersirat ye!
Apa yang dimaksudkan mengenang jasa? Adakah sesuatu yang berbentuk indah dan manis sahaja? Pada aku tidak. Kadang-kadang yang pahit yang orang lakukan pada kita suatu masa lalu itulah sesuatu yang perlu kita kenang jasanya. Mungkin tanpa apa yang dilakukan pada kita membuat kita berada dalam zon selesa. Enggan berubah. Bersungguh-sungguh.
Antara sesuatu yang patut aku kenang jasa apabila gagal dalam exam, menyebabkan aku kena buang sekolah menengah agama - pengalaman maha pahit suatu masa dulu. Ketika masing-masing meneruskan persekolahan, aku berada dirumah menganyam pohon-pohon anggur dalam mimpi.
Tapi sekarang aku patut 'kenang jasa' pengalaman itu kerana tanpa pengalaman itu tidak membawa aku berada di bumi Sintok dan merasai berada dalam kawasan hitam sempadan Malaysia-Thai dengan diiringi Pegawai Keselamatan bersenjata moden. Masih teringat 1 berkataan ketika berada di puncak bukit sempadan tu yang kita boleh lihat Daerah-Daerah Thailand dengan jelas. (Dikalangan Junior tak silap aku)" Kita nak ke A ke, B ke, C ke atau D?"
A tu Alor Setar, B tu Bandar Baru Jitra, C tu Changlon dan D tu Danok.
Mana pilihan kalian? Tapi aku dah pernah pergi ke empat-empat tempat ini.
Aku pilih A, B, dan C aje - tempat penuh nostalgia - tempat jatuh lagi di kenang ni kan pula tempat jatuh cinta bangun kehidupan.
Kalau orang kata kita debab, kita juga patut kenang jasanya mengata kita debab waima kita tak debab pun sebenarnya. Kerana dia nak berjasa dengan tolong ingatkan aku untuk terus jaga kesihatan dan penampilan agar kekal jelita biarpun di usia 50 tahun umpama Aida Khalida. Anda bagaimana?
Gambar oleh google |
No comments:
Post a Comment