Kalam Allah SWT: Katakanlah adakah sama orang yang mengetahui dengan orang yang tidak mengetahui.
Kadang-kadang susah untuk membetulkan yang kita tahu tidak benar kerana sesuatu amalan itu telah digunakan pakai sejak berzaman tanpa tahu kesahihannya, yang ada hanya kebetulan menjadi.
Pada pendapat saya kita diam dari berbicara tentang kesalahan itu kerana Sabda Nabi 'Diam itu selamat'.
Tetapi kita kena betulkan? Tak lena tidur kita fikirkan. Bagaimana dan bagaimana! Apa kata, kita sendiri yang mengubah untuk menjadi perintis keluar dari kepompong yang silap itu. Senang cakap kita buat, kita tunjukan apa yang salah itu melalui 'pembetulan' yang kita buat.
Sebab jika kita bercakap nanti dikata kita berlagak.
"Maklumlah sekolah tinggi" padahal bangunan aje yang tinggi lepas tu kat atas bukit pulak, memang tinggi yang amat.
Dibimbangi jika kita cuba betulkan sesuatu melalui 'suara' akan ada retak perpecahan nilai kekeluargaan atau perhubungan. Bukankah selalunya yang retak itu akan dimulakan oleh orang yang berpelajaran?
Apa kaitan dengan tajuk ni Rien? Saya lapar sebenarnya kerana tak bawa bekal hari ni. Em......
Tapi kalau kita diam bila tengok kesilapan orang jadilah kita syaitan yang bisu...
ReplyDeleteMardiah,
ReplyDeleteDalam Islam kita blh betulkan kesilapan dgn menegur kalau kita mampu. Tak mampu tegur dalam hati. Pada saya membenarkan diri kita sebagai alat untuk membetulkan sesuatu itu kita berada di tengah-tengah antara keduanya. Bak kata pepatah menarik rambut dalam tepung rambut dpt di tarik dan tepung tak bersepah. wah! wah! sekali i berfalsafah....
untuk menegur, hati perlu ikhlas, dengan cara berhikmah..tiada nada sindiran tapi dalam nada tegasan(mungkin boleh disertai dengan pujian walaupun nampak macam membodek)... sukar bila rambut pun dah tak sama warna, hati apatah lagi..
ReplyDeletepelanduk takkan mati tersepit jika dia berupaya mengelak 2 gajah bersabung gading
#maaf jika tersilap faham, tersimpang kata...
Kadang dengan sindir baru boleh paham. dengan terasa baru tersedar.
ReplyDeleteNusrah:
ReplyDeleteBodek? he3!
MarDiah:
Sindir tak boleh dalam aspek kekeluargaan. Contoh, takkan nk sindir mentua plak kan?