Pulang dari kerja aku dikejutkan berita kematian jiran sebelahku yang dipanggil Tok Ngep oleh anakku. Dia diberitakan terjatuh dari bilik air. Sebelum ini dia terlibat dengan kemalangan ketika pulang dari masjid untuk majlis Budaya Al-Quraan di masjid Jamek. Terkoyak dilutut. Tetapi dibenarkan keluar dari hospital kerana Arwah tidak menghidap sebarang penyakit.
Sudah boleh berjalan pun ketika dirumah menggunakan tongkat. sehingga tiga hari sebelum itu Arwah tidak mahu makan dan minum, malahan tidak boleh menunaikan hajat ke 'bilik kecik'. Hinggalah hari dia dijemput Oleh-Nya. Dia terjatuh dalam bilik air, anak tirinya yang masih dalam pantang dan isterinya menjerit memanggil jiran sebelah, tetapi jiran itu tidak dengar kerana sibuk dengan anak-anaknya.
Ibuku berada di dapur terus bergegas berlari ke rumah jiran diikuti oleh ayah aku. Ibuku terus menjerit memanggil jiran sebelah tadi. Jadi, ayah, ibu dan jiran sebelah tolong mengangkat arwah. Mukanya pecah dan berdarah. Ketika dia dibaringkan dia telah Dijemput Oleh-Nya, antara pukul 3.15petang hingga 3.30petang.
Kini tiada kelihatan dia membersihkan halaman rumah.
Tiada lagi kedengaran dia bersin setiap kali makan.
Tiada lagi kedengaran bunyi motor dan mesin rumputnya.
Paling shahdu, TIADA LAGI kEDENGARAN LAUNGAN AZAN setiap masuk waktu solat.
Gambar Arwah 3 Dari Kiri Ketika 'Rewang' Majlis Perkahwinan Aku Pada 30 Jun 2007 |
Al-Fatihah!
No comments:
Post a Comment