![]() |
| imej google |
"Asid lemak dalam santan adalah asid laurik, iaitu lemak yang sejenis dengan lemak yang banyak ditemui dalam susu ibu. Lemak ini sangat membantu dalam perkembangan otak dan menguatkan tulang.Lemak dalam santan terdiri daripada asid lemak rantaian sederhana(MCFA).
Ia merupakan asid lemak perlu paling penting dalam membina dan mengekalkan sistem imun tubuh (sama seperti lemak dalam susu ibu). Santan membekalkan sumber nutrisi yang sangat baik nagi mereka yang sedang menjalani proses penurunan berat badan.
Ini kerana MCFA cepat diasimilasi ke dalam tubuh. Ertinya, asid lemak ini tidak menjadi lemak di dalam tubuh sebagaimana yang berlaku kepada asid lemak rantaian panjang di dalam susu lembu."
-Sumber Majalah Anis Januari 2011
Penemuan perubatan moden menyenaraikan kehebatan santan untuk kesihatan merawat pelbagai penyakit. Saya catatkan sedikit ye!
Penyakit Masa Kini
Kanser
- Membantu tubuh menentang kanser usus dan payudara
Hati
- Membantu menghindari penyakit hati
Jantung
- Melindungi arteri daripada kecederaan yang disebabkan atherosclerosis, justeru menentang penyakit jantung
- Baik untuk jantung kerana ia memperbaiki risiko pengurangan nisbah kolestrol penyakit jantung
Buah Pinggang
- Baik untuk kesihatan buah pinggang dan melarutkan batu karang di dalam buah pinggang
- Membaiki perembesan insulin dan penggunaan glukos darah
- Melegakan stres pada pankreas dan sistem enzim tubuh
- Membantu mengurangkan simptom dan risiko kesihatan berkaitan dengan kencing manis
- Baik untuk kesihatan kulit dan rambut
- Melindungi tubuh daripada radikal bebas yang menyebabkan penuaan pramatang dan penyakit generatif
Membantu Penyerapan Vitamin
- Membaiki penghadaman dan penyerapan nutrisi lain termasuk vitamin, minberal dan asid amino.
- memperbaiki penyerapan kalsium dan magnessium serta menyokong perkembangan tulang dan gigi kuat
Kenapa agaknya kita dimomokkan yang santan itu tidak baik untuk kesihatan kita? Meh! tengok!
Pada tahun 1986 Persatuan Kacang Soya Amerika (ASA) dengan sokongan petani melancarkan siri serangan yang dikenali sebagai "kempen Minyak Tropika". Kempen ini mencipta satu terma baru - "minyak tropika" sasarannya adalah menyerang minyak sawit dan kelapa. Tujuan adalah untuk mengatasi saingan minyak import termasuk meminda undang-undang berkaitan peningkatan kolestrol lemak tebu. dan, kempen ini sangat berjaya.
Adakah mulai saat ini kalian masih takut untuk makan santan?


sebut pasal santan nie..my parent n 2 org adik bujangku suka sesangat makan kari ikan...dah tu pulak rempahnya kena blend sendiri..nak jadi anak n kakak mithali punya pasal..buat je la...hilang penat bila dipuji...ha3...
ReplyDeletesantan utk luruskan rambut...perah air asam limau nipis, pastu simpan peti sejuk (bukan dalam freezer)..ambik bahagian atas (yg beku), sapu kat rambut..perap 2 jam n bilas..
akak cik,
ReplyDeletetq bg petua, pd pembaca blog saya if nk cuba petua kak cik sila lah!
Kak, mesti best masak kari giling sendiri. terinagt family angkat kt UPP dulu. sudah hampir 10 tahun tk dengar khabar berita.
Wah Rien bagus artikel ini, nanti Mak Long kongsi kat blog Mak Long ye..
ReplyDeleteMak Long,
ReplyDeleteSila Mak Long, saya berbesar hati.
as'salam.
ReplyDeletemenarik artikel ni...saya sendiri takut nak masak santan sejak2 hubby di detect kena diabetis sbb ada baca santan ni tak elok utk diabetis...ermm...lepas ni kira boleh la masak pakai santan ye..tapi perhaps kuantiti tu yg harus di jaga...betul ker?
banyak juga khasiat santan ni rupe nye kan.
ReplyDeletew.n.h,
ReplyDeletePendapat saya tiada sukatan utk santan ni, tapi mesti kurangkan tahap minima karbohidrat. Biar lemak dari santan ini menggantikan tugas karbohidrat dlm proses metabolisme.
elle
Kita selalu dikatakan jangan makan makanan bersantan kan?