Pages

Wednesday, April 6, 2011

Tentang S-E-K-O-L-A-H

Bila di tanya antara sekolah rendah dengan sekolah menengah mana lagi best? Aku akan jawab sekolah rendah. Aku bersukan, lompat jauh you! masuk bertandingan bercerita ketika darjah 6. Tajuknya "periuk ajaib". Paling tak boleh kulupakan kena belajar buat suara nenek tu. Habis segala suara pelik aku keluar dengan sengau, serak dan menggigil -cukup segala rencah ratus!

Bila berada di sekolah menengah seolah-olah tiada apa yang ingin ku ceritakan. Tiada aktiviti bercerita, jauh lagi dengan sukan, tak boleh borak-borak sambil kutuk-kutuk kawan-kawan lelaki, harammmm-katanya-yang ada duduk menghadap buku atau buku menghadap aku. He... He... He...

Secara jujur memang tiada ruang sosial ketika berada di sekolah menengah. Kawan-kawan perempuan pula ramai yang bersikap jarum dalam kain (ciptaan baru peribahasa, ampun!) pantang aku berborak dengan kawan-kawan lelaki, mesti jadi gossip. Ada juga yang kerjanya menjaga-tepi-kain, ada juga yang kerja-tak-sudah-sudah menasihatkan-orang. Aku rasa macam artis atau ratu cantekk, kena jaga tingkah laku bagai. Aku masih teringat kata salah seorang dari mereka,

"harap muka aje cantik, tapi sekolah tak pandai!"

ketika aku kena buang sekolah, SPM pangkat 3. Lantas ada antara mereka yang menghantar kad raya pada aku dengan ucapan,

"kawin jangan lupa jemput, peminat kan ramai"

Sehingga kini aku gengam kata-kata itu.
Sudahnya siapa yang kawin dulu?
Bak kata kereta mayat WOHA!



2 comments: