Pages

Monday, April 4, 2011

Musim Bunga Di Malaysia..

Anda percaya tak yang Malaysia juga ada musim bunga? Ha...Ha... Ha.... Mungkin gambar ni boleh jadi bukti. Aku ambil gambar ini ketika dalam perjalanan pulang ke rumah. Tempat ni dekat Batu 5 Bakri. Bunga-bunga ini berada dalam perkarangan Sekolah Rendah Bakri Batu 5. Aku pandang kanan kiri rasa-rasa tak ada orang yang akan memerhatikan aku buat kerja gila petang tu. Aku ambil beberapa keping gambar sebelum berlari ke atas jejantas dan bermulalah edisi memetik gambar. Indah! Rasa 'heaven' disitu. Seberapa banyak aku ambil dan aku persembahkan gambar terbaik dari kamera murahan aku di sini untuk tatapan kalian.





Indahkan bila melihat bunga-bunga ini berguguran. Sayangnya bunga-bunga ini tidak menghadirkan bau harum. Andai ia berbau harum..... Lagi-lagi bertambah 'heaven'.


Ciptaan Allah. Indah!



Berada di bawah rimbunan bunga ini rasa nak menyanyi lagu hindustan pulak. Sila jangan bayangkan aku memakai sari pulak! Opp!



Ok dah! Aku nak siapkan akaun yang tak sudah-sudah ni...

Tapi.......................

-

-

-

Aku pun nak tayang gambar mak orang dan bunga.
-
Tapi kecik aje la ye gambar aku!

-

-






No comments:

Post a Comment