Pages

Friday, April 1, 2011

Belinjau Flakes


Biskut ni aku dapat percuma ketika membeli kerepek disebuah kedai Saraoge. Kedai ni antara kedai yang menjual kuih untuk perayaan, ada juga jual kek lapis sarawak, biskut dan roti yang terletak kat Parit Sulong, Batu Pahat. Oleh itu anda jangan tanya saya apa resepi untuk buat belinjau flake ni. kalau ada yang bertanya juga saya akan kata "Maaf rahsia!" boleh gitu? Rasa belinjau yang kita tahu pahit menjadikan biskut ini tak terasa manisnya.

Menurut dari sumber ini, berikut adalah nutrisi dan kegunaan belinjau :
"Belinjau tergolong dalam famili Gnetaceae dan dianggap primitif dari segi botani kerana ia tergolong dalam kelas Gymnosperma seperti pokok pain. Sebagai tumbuhan primitif, pokok belinjau turut menghasilkan dua jenis jambak bunga yang dikenali sebagai kon jantan dan kon betina.
Hampir keseluruhan bahagian tanaman belinjau mempunyai kepentingan. Daun muda, bunga dan kulit biji yang tua boleh dimakan sebagai sayur iaitu dipercayai ianya baik untuk kesihatan kulit dan mata. Manakala berdasarkan kajian yang telah dilakukan oleh ahli sains, nilai pemakanan bagi setiap 100 gm daun dan biji belinjau memberikan 1000 I.U vitamin A serta zat-zat pemakanan yang lain. Maka tidak hairanlah ianya baik untuk kesihatan kulit serta mata.
Selain daripada berkhasiat, kulit batang pokok belinjau yang berserabut boleh menghasilkan sejenis benang yang boleh dijadikan tali pancing dan jala. Batangnya pula boleh dibuat alat perkakas dapur seperti pemarut dan tempat pemotong, bahan bangunan dan peti.
Ada laporan yang menyatakan bahagian batang juga boleh diproses menjadi kertas yang berkualiti tinggi. Kini biji atau buah belinjau telah diproses menjadi keropok atau emping untuk dikemorsialkan."

                                                               







3 comments:

  1. hah.. tgk belinjau flakes nie dpt idea nak buat apa dgn emping belinjau yg banyak amat kat rumah tu...

    ReplyDelete
  2. MarDiah,
    saya tk tau resepi dia. Tpi dlm tu ada badam, oat, ceri n cornflakes. belinjau mmglah bahan utama.

    ReplyDelete
  3. kalau tak silap..resipi ni macam buat biskut batik. emping yang dah goreng, hancurkan, campur dengan oat, badam, ceri dan madu..masak sekejap. pastu masuk dlm loyang. then potong2

    ReplyDelete