Bahasa mudahnya lempeng oat. Sesuai untuk semua orang. Senang untuk menyediakannya. Struktur oat yang kasar buat lempeng tidak berminyak. Resepi..
Oat, air, sedikit garam dan baking powder, susu segar, kelapa muda yang di parut ? mengapa kelapa ? Boleh tengok kat sini. lepasti blend sampai oat tu hancur. Selepas itu campur dengan sedikit tepung gandum atau bagi diabetic patience ganti dengan tepung kacang kuda untuk mengentalkan adunan saja. Mengapa oat sesuai untuk diabetic patience? Saya petik dari blog Mak Long ye
"Oat memang tinggi karbohidrat. Tetapi ia juga tinggi serat dan mempunyai glisemik indeks yang lebih rendah dari roti berserat.
Kebanyakan karbohidrat mengandungi kanji yang apabila dimetabolisma ia bertukar terus menjadi glukos. Insulin membantu penyerapan glukos ke sel badan lantas menyeimbangkan kadar glukos dalam darah. Dalam pesakit diabetik, proses ini tidak berlaku dengan efisyen dan ini menyebabkan sugar spike atau kenaikan mendadak kadar glukos dalam darah. Glisemik indeks mengukur kadar kecepatan kadar kenaikan glukos dalam darah apabila karbohidrat dihadamkan. Serat tidak dimetabolisma menjadi glukos dan glisemiks indeks yang rendah menyatakan kadar kenaikan glukos dalam proses penghadaman adalah lambat. Oat yang baik untuk diabetik adalah jenis rolled oat dan bukan oat hancur. Awas juga sebab kadang oats dipasaran ada yang telah dimasukkan gula"
Lepas tu goreng dengan sedikit butter macam ni.
Sila abaikan dapur yang sememeh tu ye. |
Sudah siap. Sedikit rentung ha!ha!ha! |
mcm sedap je
ReplyDeletepancake...mak saya gelarnya chuchur tepek. makan panas2, sesuai di musim hujan kat utara ni..
ReplyDeletesesekali oat digantikan dengan pisang (pisang sesuai utk pesakit diabetik x?)
camna nak bezakan rolled oat dengan oat hancur?
Dayah,
ReplyDeleteMemang sedap n mengenyangkan.
Kak Cik,
Diabetik blh mkn pisang tpi bukan 1 sikat sekali makan. Sebiji sehari n saiz sederhana pd saya ok, jgn bantai sebiji besar mcm pisang tanduk. Kak cik, better mkn mcm tu aje pisang no buat chuchur. Sya tau kat utara panggil chuchur tepek cz saya kt lama duk sana dulu.
Kak cik,
ReplyDeleteLupa pulak, rolled oat tu biasa kt packing tulis 100% oat. Biasa saya beli jenama Quaker Oat. Kadang2 beli yg packing kaler biru kadang2 merah. Bantai aje la...