Pages

Tuesday, August 16, 2011

Genap Setahun Dia Pergi Kepada Nya

16 Ogos 2010
Pada malam tarikh ini, aku dikejutkan dengan es-em-es oleh seorang teman pada tengah malam mengatakan seorang rakan baik telah pergi menemui Pencipta-Nya. Aku terdiam.
Benarkah?
Pada paginya pada pukul 4.00 pagi sambil menyediakan juadah bersahur, aku es-em-es semua kawan-kawan bertanyakan benarkah? Salah seorang 'menyebarkan' es-em-es yang ditaip oleh balu arwah kepada salah seorang rakan yang mengucapkan selamat berpuasa kepada arwah. Macam tak percaya. Soal kematian bukan bahan mainan!

Bila tersebarnya berita ini di muka buku, benarlah berita itu. Kali terakhir aku menghubunginya adalah pada Januari 2010. Arwah dikatakan menghidap kanser dalam perut. Teringat masa zaman kampus dulu, perasan tak, hidung arwah selalu berdarah? Ingatkan disebabkan oleh cuaca sempadan antarabangsa yang selalu dirasai, iaitu kejap rasa panas dan kejap rasa sejuk. Pidot yang selalu belikan ubat kat Mall!


Tapi sayangnya setelah dua minggu Arwah Tino tiada, baru diketahui oleh rakan-rakan. 'Kehilangan' sahabat ini turut menarik minat seorang bekas pensyarah di kampus hijau untuk menterjemah rasa hati akan kehilangan ini. Benarlah orang yang baik akan dikenang oleh sesiapa sahaja yang pernah mendampinginya.


Hari ini genap setahun pemergiaannya. Mudah-mudahan rohnya ditempatkan dalam golongan orang beriman kerana kebaikannya yang dilakukan.

Al-Fatihah.


Sekian.


Yang benar,
Dari Sabahat-Sahabat Kampus UUM 1999-2003
dan Bekas Penuntut BSWM 1999-2003



1 comment:

  1. Al-fatihah. Amin. Dia mmg seorang yg sangat baik.

    ReplyDelete