Pada pertengahan Ramadhan biasa masyarat kampung aku akan ada 'edisi punjung', iaitu menghantar makanan untuk berbuka pada jiran-jiran dan saudara terdekat. Pada pendapat aku sejarah 'punjung' ni mungkin pada zaman dahulu makanan ini diletakkan dalam dulang supaya mudah proses nak hantar, ialah tangan pun cuma dua kalau dah empat pinggan macamana nak bawa kan? Selepas itu kat kampung-kampung dulu jalannya kecil dan kanan kiri penuh semak samun yang tingginya mungkin paras dada. Jadi, makanan ini kenalah junjung kat kepala, sebab itulah tercetus istilah 'junjung' dan dalam bahasa jawa disebut 'punjung' dan 'punjungan' bermakna apa yang dijunjung. Kalau salah maafkan saya!
Zaman telah berubah, sekarang cuma untuk jiran yang betul-betul sebelah rumah akan menggunakan dulang besar, lain-lain mangkuk tingkat atau 'sia' mengambil alih. Aku suka makanan yang dihantar guna mangkuk tingkat ni sebab makanan tidak mudah basi selain nampak ikhlas. LOL

Masa terus berlalu dan sekarang orang lebih selesa guna bekas plastik saja. Mudah, lepas hantar tinggal tak payah tunggu orang yang menerima nak pindahkan lauk pauk ke pinggan, cuci dan lap.
Pengsan tunggu!
Menu yang biasa selain nasi atau nasi himpit adalah lodeh, sambal tumis, ayam kicap dan sambal goreng jawa. Kicap! Kicap ! Sebab tu...........
![]() |
Sambal goreng jawa |
.......... kilang kicap tak mungkin tutup sebab banyak menu berasaskan kicap!

No comments:
Post a Comment