Pages

Sunday, August 14, 2011

The Moment.....

Bila saya tengok gambar-gambar kat bawah ni di mukabuku Dr Abd. Razak saya teringat bait-bait puisi Marganet Atwood yang bertajuk The Moment ;-

The moment when, after many years
of hard work and a long voyage
you stand in the centre of your room,
house, half-acre, square mile, island, country,
knowing at last how you got there,
and say,
I own this,
is the same moment when the trees unloose
their soft arms from around you,
the birds take back their language,
the cliffs fissure and collapse,
the air moves back from you like a wave
and you can't breathe.
No, they whisper. You own nothing.
You were a visitor, time after time
climbing the hill, planting the flag, proclaiming.
We never belonged to you.
You never found us.
It was always the other way round.

Susun letak kerusi batu dan meja hitam itu masih kekal seperti 10 tahun sudah di Fakulti Sains dan Manusia. Dulu SPS. Oh! ye pokok kemboja kekal berdiri di situ. Teringat dulu harumannya menusuk dalam rongga kenangan setiap kali pulang dari diskusi lewat 12 tengah malam. Diskusi apa Rien tengah-tengah malam ni?

Biasalah bila dapat 'soalan bocor' pasti akan memilih kelas di fakulti jika bilik diskusi di library penuh. Minggu exam katakan. Tak boleh berdiskus kat tempat terbuka, maklumlah bising tahap melampau dia orang ni! ehem... termasuklah yang cakap ni. Biasalah makin malam makin banyak idea perbincangan mencari skima jawapan datang. Tak lebih 12 malam kena balik ke kolej kediaman. Ha! sebab banyak peristiwa seram!

Pak cik UK mula-mula entah berapa kali meronda bilik yang kami buat bising. maklumlah budak-budak muda. Diskusi bercampur dengan lelaki dan perempuan pula. Tapi lama-lama dia dah tak kisah. Cuma pesan,
"Jangan malam-malam, nanti hangpa jumpa bukan-bukan, pak cik tak tau!"
 Bila dia cakap macam tu, apalagi berkemas semua mahu cepat pulang.

Dr. Razak sedang beri ucapan. Pernah bertanya Dr Razak apa petua awet muda ? Jawab beliau Sengeh selalu

Kerusi batu ini biasa jadi tempat berkumpul kerana geng kroni yang kronik ada yang tidak sama jadual kelas. Kira macam meja mesyuarat tak rasmi lepas kelas mahu makan ke lepak ke library. Maklum kolej kediaman jauh. Tidak mempunyai kenderaan selain bas kitaran UUm dan sepasang kaki.Kat tempat ini juga tempat si kekasih menanti kekasih.
Saya tak kenal siapa junior-junior ni. Kot-kot ada yang kenal bolehlah bagi nama mereka

10 Tahun telah berlalu. Tapi bila tengok gambar-gambar kat mukabuku Dr. Abd Razak ni rasa macam kembali muda pulak. Opp!

The Moment........

No comments:

Post a Comment