Pages

Friday, August 12, 2011

Mungkin Dia Tak Sabar Jadi Pewaris Jari Satey

Mungkinkah keengganan untuk dia menyusu lagi ada kaitan dengan tak sabar untuk menjadi 'pewaris' jari satey. Pantang nampak aku cucuk satey mulalah dia tolak kerusi ke sinki basuh tangan, kemudian capai kitchen paper lap tangan, lepas tu panjat meja lalu tangan mencari bekas berisi lidi satey lalu mulalah dia mencucuk satey. Sungguh aku tak sanggup tengok dia cucuk satey.
Bak kata mak aku, "Rugi ! Rugi!"
Mana taknya panjang mana lidi tu panjang tu la dia dia cucuk daging. Lepas tu dia akan letak 'hasil tangan' dia di tempat satey yang telah siap dicucuk.
"Dah siap, simpanlah dalam tu..." sambil tangan menunjuk peti simpan beku.
Tak cukup dengan itu, habis dari kepala hingga kaki ada rempah satey, mana taknya sambil cucuk satey dia menepuk-nepuk rempah satey di dulang. 
Kata mak, "kalau orang tengok tak jadi beli satey ni!"
Kadang-kadag sambil cucuk satey dia mengaji siap berlagu-lagu atau azan. Tolak tepi betul ke salah apa yang dia sebut dan lagukan itu.
Bapak kata, " Sakit kepala dengar Danish mengaji!"
Tapi kalau aku bawa Danish ke pejabat bapak jugak kata
"Tak de kawan nak tengok tv, pegi kedai, boring ! Nak tido pun tak de kawan lawan berdengkur !"
Tengok gambar bawah ni. Ada muka taukeh satey ke? Tengok pulak lengan yang dah mula ada rempah satey!


Tapi bila tengok gambar ni rindu saat-saat manis menyusukan ! Sejujurnya aku tidak menetapkan bila dia mahu berhenti menyusu, terpulang berapa lama dia mahu. Kalau ibu lain mungkin mengusung beg pam dua tahun tapi aku tiga tahun mengusung beg pam.Kalau dulu sesuatu pengalaman itu menjadi pahit, tapi sekarang yang pahit itu manis untuk di kenang sama.

4 comments:

  1. haha..khusyuk giler nampaknya!!!..

    ReplyDelete
  2. Mal,
    Kalau Danish dengan Yamin bertemu boleh ngam tak? Asal jangan bertumbuk mcm Danish dgn Qishtina sudah!

    ReplyDelete
  3. seriusnya muka usahawan kecil ni...

    sama la jugak dgn anak2 sedara saya. mahu doh utk keripap yg seperti plasticine. bagi sikit kat depa dan arah pegi main jauh2.

    ReplyDelete
  4. kak cik,
    Dia ni tak mau klu bg sikit n suh g main jauh2.sbb nanti dgn dulang2 sekali dia angkat.

    ReplyDelete