Pages

Thursday, August 11, 2011

Mungkin Telah Masanya Untuk Berpisah......

11 Ramadhan 2011
Termasuk hari ini sudah dua hari Danish enggan menyusu. Biasanya jika demam dia akan menyusu lama-lama, tapi kali ini bila setiap kali cubaan untuk menyusu dia akan buat-buat mahu memuntahkan semula. Katanya tekak sakit. Aku terdiam. Mungkin telah tiba masanya untuk kami berpisah ikatan ini. Rasa sayu kat situ.

Masih terkenang-kenang waktu dulu-dulu. Kehulu hilir membawa pam jenama spectra 3. Ketika mula-mula menjadi 'perintis' jenuh menjawab kejian orang. Biarkan! Biarkan!- bisik hati. Puas bangun setiap malam menjalankan operasi untuk memenuhkan botol-botol susu, siapa kata misi penyusuan ibu ekslusif dua tahun itu mudah? siapa? Bukan seperti yang diwar-warkan oleh klinik kesihatan ibu dan anak. Pam, simpan beku dan cairkan, sedangkan yang mengajar sendiri tidak pernah melakukan penyusuan susuibu ekslusif.

Ramai yang berkata jimat bagi susu ibu ni? Tak payah beli susu yang harganya berpuluh-puluh ringgit. tapi mereka lupa bahawa 'pengilang susu' perlukan khasiat untuk menghasilkan susu.

Ah! Banyak betul kenangan bersama datang disaat semunya berada di akhir garisan. Mungkin. Lagu yang dinyanyikan ketika menyusu. Pernah ku tanya, "Nak pegi school nak bawak mamam?"
Dijawab "Nak"
"Nak bawak air?"
"Nak"
"Nak bawak susu mama?"
 Dijawab "tak, nak malam aje"
Nampaknya hajat dan susu malam aje tak kesampaianlah! Ump!

Apapun aku bersyukur dapat menyusukan ekslusif 2 tahun dan sambung lagi setahun. Bermakna sekarang Danish dah menyusu 3 tahun sebulan. Apapun syukur!
Gambar Ketika berusia Dua Minggu







2 comments:

  1. cepat je masa berlalu kan rin. skang dah tiba masa utk turn adik danish plak kot ;)

    ReplyDelete
  2. Mal,
    Aku rasa dia masih 'baby' lagi la. Masih pakai lampin, makan mahu bersuap,nak mandi atau gosok gigi masih kena kejar-kejar 1 rumah. Ump!

    ReplyDelete