Pages

Wednesday, August 10, 2011

Segar Selalu...

Anda makan sayur?
Beli Sayur Setiap hari atau beli pada hujung minggu saja?
Kalau beli seminggu sekali bagaimana anda menyimpannya?
Adakah selepas beberapa hari sayur akan layu dan kering dalam peti sejuk?
Kat bawah ni saya sertakan petua mudah yang telah saya lakukan ujikaji ke atas sayuran untuk seminggu dengan selamat dan jayanya.

Bahan-Bahannya
1) Cari bekas plastik yang bertutup rapat tak kira jenama apa ye!
2) Kitchen paper juga tidak kira jenama apa - tujuan untuk menyerap lembapan
3) KERAJINAN (ini amat penting ye! Kalau pemalas satu apa pun dah boleh buat ye!)

Petua Penting 
1) Bekas kena betul-betul bersih. Tak mau ada bekas minyak ye, jauh sekali bekas letak kari kepala ikan semalam ha...

Cara-Cara Membuatnya
1) Alaskan bekas plastik dengan kitchen paper selepas itu masukan sayuran dan tutup.

MUDAHKAN?

Lepas tu simpan macam kat bawah ni.


Selepas seminggu pun sebenarnya sayur masih kekal segar macam baru petik dari ladang. Contoh gambar kat bawah. Selepas hampir 2 minggu sayur masih elok lagi.




Selamat mencuba
Sekian terima kasih.

Yang Benar:-
'tukang beli sayur seminggu sekali'.

2 comments:

  1. sayur tu kena letak/renjis air dulu ke rin? aku baru je tau cara ni. patut la sayur aku cpt je layu..

    ReplyDelete
  2. Tak payah la mal. Masukkan aje dalam bekas. lagi 1 pastikan sayur tu tk berminyak. kot2 bercampur dgn minyak masa beli tu.

    ReplyDelete