Pages

Tuesday, August 23, 2011

Kuali Memang Ajaib!

ENTRY ini adalah sambungan entry lepas. Sesungguhnya PhotoBucket yang 'tak berapa sihat' akhir-akhir ini buat aku malas nak updated. Tapi mengenangkan telah berjanji dengan Kak Cik ku layan juga 'kesengalan' Phobucket ini. Mungkin lepas ni mungkin kena tukar Picnic yang nampak mengujakan aku ! Resepi ni dipaanggil sambal goreng, tapi ada sesetengah tempat dipanggil sambal goreng jawa. Sejak bila blog aku ni jadi blog resepi? Sesekali apa salahnya... Sebab apa kuali ni benda ajaib? Sebab asam di darat udang dilaut dalam kuali bertemu jua!
Baiklah ye saudara saudari, resepi ini adalah untuk hidangan 20-30 orang, jadi pandai-pandai koranglah untuk sesuaikan dengan saiz hidangan kalian.

Bahan-Bahannya :

SET A


Serai dan lengkuas muda. Racik ke, mayang ke ikut suka kalian! Asal bila 'bertemu' dalam kuali ia jadi sebati. Sebab apa tidak di blender atau tumbuk dengan lesung? Sebab nanti tak rasa rempah ratusnya ini.



Cili, bawang besar, bawang kecil dan bawang putih di hiris.

Santan yang telah dicampur asam jawa dan belacan. 'mesrakan' tiga item ni ye! Kasik hancur.

Sohoon, tempe, tauhu dan kentang kalau mahu. Digoreng ye! Pastikan tauhu digoreng awal sebab ia berair dan akan menyebabkan minyak jadi kurang panas bila ada bahan-bahan lain yang belum digoreng.

Dan lagi satu KICAP jangan dilupa!
Cara-cara memasaknya



Panaskan kuali dengan sikit aje minyak sebab dah banyak sangat bahan-bahan yang sudah digoreng tadi, takut berminyak-minyak pula.


Masukkan bahan-bahan dari SET A bermula dengan bawang-bawangnya.


Lepas tu boleh masukkan daging, pedal atau hati yang telah direbus hingga empuk bersama sedikit garam. Boleh juga letak udang ye! Sotong kalau boleh jangan, ia akan buat sambal berair dan mudah basi.


Selepas itu masukkan santan dan kicap ye!

Masukkan tauhu, tempe dan kentang jika ada. Biarkan sampai ia mendidih dan kuah menjadi pekat supaya sambal kering dan tidak mudah basi

Akhir sekali masukkan sohoon. Kacau-kacau sampai sebati dan biarkan seketika biar tanak.


Akhir sekali...
+
+
+
+
+
+
+





Berapa lama ia bertahan pada suhu bilik ? Biasanya kalau masak malam esok tengahari masih elok.

Selamat mencuba!


4 comments:

  1. macam sedap je rin..aku tak tau la kebelakangan ni nape asyik terliur je bila ko tunjuk gambar makanan...adussss.....

    ReplyDelete
  2. Ko ni? cubalh buat blh buat buka nanti!

    ReplyDelete
  3. oleh sebab saya alahan dengan si daging merah, nak kena derhaka la resepi ni - gantikan dengan ayam boleh, kan? tapi tentu rasanya jadi lain.


    macam best je rinn guna picnic. boleh edit terus dari draf. tapi belum terbiasa lagi

    ReplyDelete
  4. ayam tk pernh cuba,mungkin bole cuba, akak rebus sampai empuk dgn sikit garam.
    Ada org ajar guna picnic.

    ReplyDelete