Sebelum bulan puasa sejak hampir 10 tahun yang sudah memang persediaan lebih pada untuk mencukupkan stok bekalan satey. Sebenarnya seminggu sebelum puasa hampir tiada stok satey lagi dalam peti beku. Bukan setakat kes satey masam, tetapi seminggu sebelum puasa banyak betul tempahan yang tak terduga. Paling lucu siap ada yang dah ambil awal-awal takut tak dapat bila raya nanti. Apa pun rezekilah! Kat bawah ni persediaan yang perlu ada selalu, waima bukan Bulan Ramadhan pun!

Lidi satey. Ada sapa tak kenal ? Lidi ni dari buluh hitam. Dapat beli dengan harga yang murah disebuah kedai runcit.

Ayam seksi! Memang biasa beli di satu kedai dengan berat setiap ekor ayam 4kg seekor. Kalau ayam kecil lebih banyak tulang dari isi, sebab nak buat satey daging ayam bukan satey tulang ayam!

Daging lembu. Beli di sebuah kilang pembungkusan daging sebab harga lebih murah sedikit. Halal tak? Mestilah halal. Tapi sebenarnya harga sekilo daging ini sama dengan daging segar yang dijual dipasar. Sebab pernah saya katakan daging perlu berkualiti bagi memberikan rasa empuk dan 'bersari'.

Bawang putih, merah, besar, kecik semua cukup. Termasuk dalam guni tu kacang tanah yang di import dari India mari! Cuma gula lupa nak ambil gambarnya.
Pernah aku ditebak dengan soalan "Bukan ke Ramadhan perlu beribadat, bukan berniaga?" Malas nak komen. Biarkan! Pada aku bukankah berniaga dengan rasa yang sedap dan harga yang berpatutan juga termasuk dalam ibadat ?!
Mana yang sekitar Muar dan Batu Pahat masih boleh order, cuma sesiapa yang minta dibakarkan pada raya pertama, maaf saya tak dapat jamin ! Sebab seperti tahun-tahun sudah memang sudah penuh waktu itu ! Hinggakan untuk solat Subuh kena ganti-ganti. Rehat sekejap untuk Solat Sunat Aldilfitri dan sambung semula hingga petang!

wow! ini memang penjual satey professional nih! tahniah! sib baik hang jauh. kalao dekat akak dah order dah. :D
ReplyDeletemalam ni terus aku nk ke sg buloh carik satey.. huhu..
ReplyDeletesate memang kegemaran ramai, lagi2 masa nak raya. tapi sebab duduk kat kajang, memang sate available all the time. hihihi. hidup dan membesar dengan sate, sampai sekarang pun masih tak jemu makan sate :P
ReplyDeletesatu aje pengajaran sy sendiri masa raya tahun lepas - kalau letak satay masa open house, confirm makanan lain orang tak pandang dah, memang dok kerumun sate aje :P
knv,
ReplyDeleteKlu nak rsa kak non cariklah adik saya yg duk kajang, dia dealer kt sana. Tapi kena bakar sendirik ler...
Ustaz Azrai,
Aku tau ko sebenarnya teringin nk mkn satey landak yang dijual RM2 secucuk tu!
mio,
memang... memang...memang... kalau ada satey makanan lain tak laku. Lain kali kalau nak buat open house sediakan satey, nasi himpit dengan lodeh aje la. hihi
aku nak datang umah ko lagi lah raya ni...boleh tapau sate lagi tak mcm thn lps..hehe
ReplyDeleteMal,
ReplyDeleteSila! sila! jemput datang. Tapi mungkin tahun ni ko tak blh tapau Tat Bunga ye!
Alahaiiiii...tu yang peberet aku tu..hehe
ReplyDelete