Pages

Wednesday, September 7, 2011

Teratai Tart Edisi Aidilfitri 2012!

Raya dah hampir dua minggu tapi saya baru nak cerita tentang biskut ?! Sungguh 'tak sopan'! Tak pe siapa yang berkenan boleh simpan untuk raya tahun 2012. Semalam saya ada cerita tentang jem, jadi nak sambung kat sini dengan tajuk : bagaimana saya buat jem nenas ? Boleh gitu?
Cara-caranya, blender nenas bersama empulurnya sekali dengan sedikit air. Masak dengan api yang perlahan sambil kacau-kacau, sampai tak melekit baru masukkan gula, sebab bukan semua nenas manis kecuali nenas yang saya cerita semalam. Proses buat jem ni agak lama, tapi jem memang tahan lama. Secara peribadi saya sendiri ambil masa 2 hari untuk betul-betul tanak. Mana taknya, panaskan kejap lepas tu tutup, main 'kejar-kejar' dengan Danish, kemudian panaskan balik. Iyelah takut hangus.
Bak kata mak, " Orang teringin nak makan tat sampai dah tak teringin pun tat tak siap-siap!"

Itu permintaan pertama Kak Cik tentang jem, sekarang permintaan kedua Kak Cik, tentang tat teratai. Kat bawah ni saya sertakan bahan-bahanya, kot-kot ada yang mahu mencuba - tapi saya bukan pakar buat biskut ye!

Bahan-Bahan
Tepung gandum 400g - Saya tambah dengan sesudu tepung jagung kemudian ayak bersama
Butter 250g - Dulu saya guna Churn sejak tiada halalan toyyiba saya guna SCS
Gula kastor - Saya cuma guna 1 sudu makan sahaja
Telur 2 biji - Sebiji telur penuh yang sebiji lagi ambil kuningnya saja.

Cara-Cara
Campak butter dan gula dalam mixer, agak-agak dah sebati masukkan telur dan akhir sekali masukkan tepung. Kalau tak mahu biskut 'kembang semangkuk' bila dibakar, pukul butter dan gula jangan sampai kembang sebab kita mahu buat biskut bukan kek ye!
Kemudian terap, tapi lepas terap saya simpan dalam peti sejuk sebab saya mahu tidur ! Masukkan inti saya buat esok pagi selepas sahur-Ini jangan diikut petua si pemalas ye!



Terap dengan cetak tu kemudian masukkan dalam cup sambil hentak perlahan-lahan supaya masuk seimbang dan tidak sengget dalam cup. Teknik ini dinamakan 'hentakan baget'. LOL! 


Isikan inti kemudian 'mekapkan' dia sedikit dengan gelekkan tepung nipis-nipis kemudian potong dengan pisau buat pagar kat atas tat ini. Dinamakan 'teknik Tanjung Pagar'. Ehek!



Ok yang ni dah siap. Maaf tat saya tidak kemas, sudah saya bilang saya bukan pakar biskut ! Setakat buat dan makan sendiri bolehlah..... Rasa memang tak manis, maklumlah tiada gula dalam jem nenas dan kat tepung cuma ada 1 sudu makan gula, cuma yang dibimbangi menambah lemak dalam badan adalah butter nya. Sendirik mau ingat!

No comments:

Post a Comment