Pages

Monday, April 16, 2012

Bila Kantan Menjadi Memoir Of Cinta

Hilirkan rantau mentulik
Bermalam di muara janggi
Hilirnya menepi-nepi
Dalam sirih yang secarik
Dalam pinang yang setomi
Ada juga buah kehendak hati
.

Antara pantun lama yang digunakan oleh pihak lelaki ketika berkunjung ke rumah gadis idaman dengan hajat untuk meminang.

Setelah semua dipersetujui oleh kedua belah pihak, lalu perjanjian dibuat melalui pantun ini

Sirih kecil sirih bertanya,
Sirih besar sirih berjanji;
Pertama kita berjanji hari,
Kedua kita berjanji bulan

Indahkan susunan bahasanya. Cuba zaman sekarang ? You jump ! I Jump ! - Dialog popular Filem Titanic sempena Promosi Titanic 3D in market.

Berbalik pada kisah meminang ni ! Sirih menjadi asas pada pantun lama. Betapa pentingnya sirih dalam adat meminang, dan berkahwin dalam masyarat Melayu. Daun sirih berbentuk hati bermakna ia melambangkan kasih  kedua-dua mempelai. Lalu bagi menunjukkan ketinggian cinta, ia digubah indah disertakan bungaan segar. Ia juga menjadi kepala kepada hantaran. Bermakna hantaran lain tidak boleh lebih tinggi dari sirih junjung. 

Jika dulu ia digubah pada batang pisang. Lagi tinggi batang pisang lagi cintalah maknanya. Tapi zaman sekarang ia telah berubah mengikut destinasi. Sebab jika mahu menghantar tanda atau majlis nikah, dari Johor ke Kedah ada harapan sirih junjung 'roboh' dulu ditengah jalan sebelum sempat sampai ke destinasi. Maka sekarang sirih junjung digubah seringkas yang boleh tanpa melupakan nilai-nilai estetika yang perlu dalam sirih junjung itu iaitu daun sirih yang cantik-cantik dan bunga-bunga hidup yang menarik.

Lalu kunjungan sirih junjung dari Kluang ke Petaling Jaya digubah ringkas, tanpa melupakan nilai estetika iaitu sirih junjung dari pihak lelaki kena ada satu puncak yang tinggi bagi melambangkan ketinggian hajat pihak lelaki. Juga mencipta sedikit kelainan dengan meletakkan penyedap makanan dalam sirih junjung. Apa dia ? Bila jadikan bunga kantan sebagai puncak gubahan. Lepas majlis boleh buat masak asam pedas atau laksa! Nice!


Puas saya belek-belek mencari gambar pengantin, tapi sayang satu pun tiada.  Yang ada gambar pelamin mini. Sweet kan ? Diletakkan dalam sebuah bilik dan hanya ahli keluarga dan perempuan yang boleh masuk.

Suruh My Aiman ambil gambar pengantin, gambar lain pula dia ambil. Dia ambil gambar Qish dan Qish ambil gambar My Aiman. Eloklah korang berdua ni jadi rakan sekongkol!


Pada entry yang lepas saya ada menulis tentang sinergi kinetik kan ? Di rumah pihak bakal mempelai pun ada sesuatu yang berbentuk sinergi kinetik. Kali ini bunga mawar warna peach So sweet. Diletakkan dalam gelas berkaki. Kebetulan gubahan itu berada di depan saya, My Aiman bertanya, "Mana air minum mama ?" Aku jawab "ni!" Sambil menunjuk gelas berisi bunga. "Mama tipu kan! Tak Betul kan? Mama tak minum air bunga kan" -Eh! dia ni dah tau bertanya pula. Macam tak faham, kan kita selalu share minuman!

Antara hidangan yang disediakan adalah manisan dari Negeri Cek Wan Kembang, (sebab mereka berasal dari sana) tengok adik ipar buat muka excited tak sabar mahu makan tahi itik di pinggan depannya.  Tak agak-agak dia buka mulut! Kat belakang itu adalah bakal bapa mentua sepupu saya.

Selepas makan, tetamu diberi goodish comel yang berisi coklat. Disinilah mama memainkan peranan sebagai pembahagi coklat yang adil lagi bijaksana. Satu untuk Qish, satu untuk mama ! Lebih masuk mulut mama ye!


Sebahagian gambar hantaran yang sempat saya ambil. Gambar cincin tu adalah dari pihak perempuan untuk lelaki.

Edisi berkenal-kenalan. Walaupun bukan bakal besan, tapi Mak Cik aku yang sebelah kiri ni kena belajar menerima bakal besan. Berbual-bual. Mula-mula bercerita tentang kerja apa! lepas tu sana hujan ke tak ! Lama-lama nanti bercerita tentang ayam itik pulak !


Gambar bawah ni family saya. Mak, ayah, adik, adik ipar, anak dan anak saudara. Muka kepenatan dan kekenyangan ! Bak kata ayah, nak makan mula-mula malu, sebab kami datang dari golongan marhain, tidak seperti yang menjemput, dari keluarga teknokrat. Tapi bila bakal besan pak cik saya sibuk tuang makanan kat pinggan ayah, maka tak agak-agaklah ayah belasah semua dengan jayanya!


Semalam melalui perjalanan yang cukup mencabar. Muar Kuala lumpur. Apa yang mencabar ? Biasa aje! Memang biasa jika perjalanan sempurna, tapi apa jadi jika belum sampai Seremban salah satu dari dua kereta yang akan meminang anak gadis orang rosak di tengah jalan! Nasib tuan rumah punya pemandu peribadi. Bila tahu kereta rosak, dihantar pemandu peribadi menjemput ditempat 'kejadian' selepas tow truck datang menjemput kereta yang 'tenat'. Betul-betul datang dijemput dan pulang berhantar. Yang naik satu kereta  yang rosak, memanglah penat lagi 'panas'. Yang 'follow' pun ikut 'panas'. Sabar ajelah!

Betul kata orang sebelum memulakan perjalanan ada baiknya baca doa selamat. Lakukan solat hajat dan Istihkrah selalu. Solat Hajat bukan ketika mahu ambil periksa dan Solat iktiharah bukan ketika mahu kahwin saja. Sebab kehidupan kita seharian amat memerlukan hajat dan istikharah. Setiap detik dan saat.

Mana gambar empunya blog ni ? Jawapannya nan hado ! Sebab.... "I kan photographer kalau gambar I sendiri ada dalam kamera I, maknanya I bukan photographer" - Cuba teka dialog drama apakah ini ? EHEM!



No comments:

Post a Comment