Pages

Tuesday, June 26, 2012

Bermulanya Aroma Satey Dari Dada Ayam


Mengingatkan bagaimana bermula berjualan satey buat aku rasa lucu. Begitu aje ceritanya. Bermula ketika Aidilfitri tahun 2003. Banjir pada hari raya pertama. Sudahnya tidak boleh ke mana-mana. Masa tu tak ada kereta. Yang ada motor. Kami dua beradik baru tamat pengajian. Miskipun dah bekerja tapi masih belum miliki kereta. Jadi, solusinya hanya duduk dan tidur. Lalu mak berkata "Esok marhaban, nak masak apa ni?" Lalu mendapat idea lebihan ayam yang tidak dimasak lalu kami anak beranak bikin satey.

Esoknya nasib banjir dah surut, tapi rumah bawah masih terasa basah. Tanah gambut kan ? Maka bakarlah satey untuk tetamu marhaban. tiba-tiba.... Ada seseorang turun ke dapur lalu bertanya kot-kot ada satey lebih, sebab dia mahu beli untuk bawa pulang. Siapa beliau ni ? Seorang yang berpangkat Datuk bekerja untuk istana dan merupakan anak yati kampung saya. Kami semua terpinga-pinga. Sudahlah satey dari lebihan daging ayam. Ada pula orang mahu beli. VVIP lagi! Apa kes? Nak perli satey tak sedap ke hapa! Satey yang tinggal betul-betul cuma 30 cucuk.

Mak kata "Ambil ajelah J (beliau memang tak suka dipanggil Datuk). Beliau kata tak boleh sebab nak beli, bukan minta. Nak jual harga berapa pun tak tau sebenarnya, sebab bukan niat untuk berjual beli. Lalu dia keluarkan beberapa keping duit pada mak. Beliau berkata "Ambil dulu, nanti nak order lagi"
Lalu petang itu juga dia datang membuat tempahan 500 cucuk satey. Terkedu mak! Terkedu sebab memang tak ada stok ayam, apa lagi daging untuk dibuat satey. Kata Datuk berkenaan, "Tak kisahlah satey ayam ke daging, aku nak bawak balik KL 3 hari lagi"

Masa itu ayah sihat lagi, masih boleh menunggang motor ke sana sini. Jadi pergilah cari ayam dan daging sedikit. Maka kami anak beranak raya 2003 belajar mencucuk satey, walau memang kami dari keluarga penjual satey tetapi tak terfikir rezeki satey 'tumpah' jua dalam keluarga ini.

Selepas Datuk J ambil, dua minggu selepas itu, beliau telefon lagi, kali ini beliau tempah dalam jumlah yang lebih besar, 1000 cucuk. Katanya mahu menjamu teman-teman. Dari Kuala Lumpur dia pulang ke kampung semata-mata mahu ambil satey mak. Tak ke lucu namanya tu! Macam kat KL tiada penjual satey. Itulah Datuk J pelanggan pertama, dan sehingga ke hari ini beliau masih mengambil satey mak jika ada keraian. Jika dulu beliau berhari raya di rumah bersama isteri dan anak-anak, sekarang datang beraya bersama menantu dan cucu pula! My Aiman lah kerap merasa duit datuk J walau bukan hari raya.

Lucu bila mengenangkan bagaimana satey dari lebihan dada ayam yang semua orang tak suka makan, jadi bermulanya episod penjual satey.

Daging di bahagian dada ayam
Dada ayam, walau sangat baik untuk kesihatan tetapi tak semua orang suka. Termasuk yang cakap ni. Maka jika hadirkan ia dalam bentuk satey maka ramai yang mengerumun.

Sekarang jika mahu gunakan ayam dua jam sebelum ambil, siap-siap telefon Haji Amin, katakan saja, mahu berat ayam berapa kilo dan berapa ekor, pasti sampai di gerainya telah siap bersembelih dan siap dibawa ke bonet. Jika daging perlu beli di kilang membungkus danging. Pastikan gred terbaik supaya daging lembut dan tidak banyak urat. Jika tidak mahu 'berurat mulut' orang yang makan.

Lalu dihiris halus-halus beserta rempah yang di bikin sendiri dari dapur kecil kami.

Sebahagian rempah ratus.
 Masa berlalu amat pantas. Satey, hari raya adalah sinonim dengan kesibukan. Kadang-kadang bukan keseronokan berhari raya di rumah taulan, tapi kesibukan menjemput pelanggan satey di rumah. Best juga bila VVIP datang rumah semata-mata mahu ambil satey.

Sekarang ayah dah tua. Dah tak kuat lagi untuk mengipas satey. Katanya "tahun ni tak mahulah ambil tempahan satey raya pertama" Aku tahu maksudnya mahu aku uruskan. Tapi apakan daya!




 

No comments:

Post a Comment