Tersenyum bila aku terbaca satu statement kat mukabuku, "nak cari kerja dalam bidang social work!" oleh adik-adik yang masih menuntut dalam Social Work Management Course. Hello....Kalau blog aku ini di baca oleh mereka, ingin aku kongsi cerita bekas pencari kerja ini. Aha! memang kalian kena ingat, jangan terlalu mengharap untuk dapat kerja dalam bidang pengajian anda!
Aku menganggap belajar itu satu tuntutan yang mengajar kita untuk jadi lebih kreatif dalam menongkah arus pekerjaan. Memanglah aku cakap macam tu sebab aku kan tak pandai Matematik dan Bahasa Inggeris, jadi kena sedar diri.
Bila teringat pekerjaan pertama aku selepas graduate buat aku ketawa seorang. Kerja sebagai jurujual kasut dan cadar disebuah kedai jualan langsung. Memang tak glamour! Gaji RM400. Hello ini bukan cerita tahun 80-an ye! Bayangkan dengan gaji begitu aku menyara kehidupan termasuk beri pada orang tua, sewa rumah dan makan minum. Hari-hari makan roti untuk alas perut. Ada satu cerita lucu, bodoh dan benar ye! ketika itu banjir besar melanda Daerah Kluang termasuk rumah sewa aku, bos tempat aku kerja sediakan tilam dan bantal suruh tidur kedai . Dengan sebab..
" Ko tidur kedai, jaga barang. Ko boleh lari, barang tak boleh lari. Mahal ni ratus ribu!" Kata bos tak berapa besar.
Dia tak fikir keselamatan pekerja agaknya. Bayangkan jika banjir hingga paras hidung mana mau lari? Dia pentingkan barang dari nyawa pekerja! Sungguhlah! Tapi masa tu aku awal-awal melarikan diri ke rumah kawan tak jauh dari kedai. Ha! Ha! Ha! nasiblah labu!
Pekerjaan kedua yang aku dapat di sebuah syarikat kontraktor bumi. Sebagai 'supermukti-task'. Aku hanya diberikan masa seminggu untuk tinggalkan kerja di kedai jualan langsung itu. Memang betul-betul satu kesilapan. Satu benda yang aku mahu kongsi ialah jika mendapat pekerjaan yang mendesak anda untuk segera berhenti, fikirkan sejenak. Adakah didalamnya ada udang disebalik mee atau apa.
Kerja ditempat kedua memang puas aku kena maki hamun. Rasa diri macam jadi pengesat kaki bangsa sendiri. Guna tandas ramai-ramai, aku dan beberapa orang pekerja menjadi mangsa cuci jamban setiap hari. Cis! Gaji? lebih RM50 dari tempat lama. Pernah beberapa kali balik melewati 12 malam tanpa bayaran kerja lebih masa atau disediakan barang sepinggan nasi. Satu kenangan yang aku tak dapat lupakan aku kena maki hamun pada suatu petang Ramadhan hanya kerana tertulis dua kali penerima Kad raya. Ye! hanya kad raya bukan duit raya. Nampak sangat beri kad raya demi nama.
Aku masih melakukan kesilapan kali ketiga bila berpindah kerja secara tergesa-gesa dengan andaian aku akan dapat gaji lebih sedikit. Tapi ada satu sebab besar, iaitu gaji yang sepatutnya dibayar 5 haribulan setiap bulan masih tidak dibayar sehingga aku cabut pada 12 haribulan. Bayangkan bukanlah gaji beribu, tapi hanya rm450 tidak dibayar-bayar! Bila pandang bos bekerja mewah dan berbaju jenama, padahal pekerjanya... O..lala!
Pada hari pertama aku kerja disini sudah kena dera, iaitu balik pada pukul 9 malam. Pernah beberapa kali balik 4 pagi. Rasa menyesal sebab lari dari si kaki maki hamun. Argh....!!! Masa berganti masa, dari gaji yang hanya beberapa ratus hinggalah berjuta-juta rupiah sekarang. Bos yang selalu dera aku suruh balik 4 pagi pun telah lama dipindahkan dan khabarnya di tempat baru kena strok dan memaksanya bersara awal.
Diam tak dia sudah 7 tahun di sini. Beberapa kali menghadap SPRM, LHDN, SSM, dan apa lagi.... semua dilalui. Berada dalam bidang berkaitan akaun yang tiada kena mengena langsung denagn Social Work. Bermula dari bawah dengan tak tahu apa (sehingga sekarang masih belajar, rasa banyak yang tak tau) Masih disini bukanlah sebab gaji besar, tapi itu saja pekerjaan yang aku dapat setakat hari ini. Mungkin juga ini adalah kerja terakhir aku sebelum meneruskan cita-cita untuk jadi bos sendiri.
Bila ada orang provok aku,
"kenapa masih bekerja dengan Mr. F?"
"berapa ribu dia bayar gaji engkau?"
"Tak teringin ke dapat kerja gaji beribu-ribu?"
Wah... banyak betul soalan. Lastly dia cakap,
"kalau ko berhenti nanti bagi tau akaklah, anak akak dah lama habis belajar tapi masih tak dapat kerja." Apalaaa.......
Mungkin ada siapa-siapa nak beli pengalaman bolehlah kita berunding berapa harganya ye!
itulah masalahnya buat uni terlalu banyak, student terlalu ramai, course yang bukan-bukan, bila keluar tak dapat kerja, kemudian disalahkan pelajar yang kreatif..
ReplyDeleteBro! aku dah agak ko akan komen sebelum aku post entry ni lagi. ha!3
ReplyDeletePendapat secara peribadi if belum menjejakkan kaki ke course yg kita jangka tak de peluang pekerjaan, mmg blh berundur. Tetapi jika sudah berada di dalam 'lingkungan ini', satu benda yg perlu ada dlm kotak fikiran iaitu berani untuk mencuba apa saja peluang pekerjaan yg datang. kerana loan kena bayar dan perut perlukan nasi utk disuap.
ReplyDeletehmm...mmg biasanya u akan ambik jugak pelajar yg minta course yg bukan2 tu. saya sendiri dah diwarning awal2 dek cikgu pengajian am stpm.tapi, nak jugak ambik course social work tu dan saya tak pernah nyesal.
ReplyDeletedah namanya pun kerja sosial...yg x mementingkan KEUNTUNGAN. faham2 je la..
kak cik,
ReplyDeletesatu yg saya tk blh lupa ttg kerja sosial ni, selalu digelar course 'gotong-royong'. ramai yg jeles tgk kesepakatan itu. seorang kena hentam maka yg lain2 sama2 pakat bantai balik.
course 'gotong royong'..macam ada story menarik je ni.
ReplyDeleteada kawan yg lain course cakap social work ni, course yang sangat sukar (bila depa belek2 nota sw)
*walauapapun...it's worth if we enjoy every second of our job.
Kak cik,
ReplyDeleteAda 1 kisah seorg teman yg terpaksa berulang alik utara selatan krn bapanya sakit tenat. maka assigment n kuliah terbengkalai.kehadiran ke kelas mmg blh minta pengecualian dr lec tpi assimnt mmg lec minta dia siapkan pd tarikh berkenaan. msa tu tk ada antara kwn2 yg amik subjek yg dia ambil, tpi kwn2 berpakat n bergotong royong tlg dia siapkan assgmnt yg kami tk tau apa2. bygkan bertunggu tangga dkt lib. cari bahan bagai. mmg lawak, bila2 kenang2 itulah pengalamn terindah. mmg illegal tpi itu aje yg blh kami tlg. Nk melawat arwah bapanya mmg tk dpt, hanya itulah, bantu setakat yg mampu. lagi satu tlg salinkan nota kuliah. rsa mcm semester tu kami amik subjek tu jgk. msa tu pun dh nk exam, apalagi email dia segala bagai nota n soalan 'bocor'. fuhhh...
Kalau pernah mengikuti entri sy dahulu kala di blog, saya pernah kerja macam2 juga. Di Jepun, sy pernah kerja partime di kedai buku. rutinas kami setiap pagi sebelum kerja ialah membersihkan kedai dan toilet. Saya ada rotasi seminggu 2x. Itu salah satu disiplin kerajinan org2 Jepun yang saya adapt dan sehingga kini ia berbekas kpd saya. Saya ambil law tetapi bidang kerja saya bukan lagi law. Ijazah kita bukanlah jaminan utk mendapat perkerjaan yg kita pelajari di ipt dahulu :)
ReplyDeleteEn. Rudy,
ReplyDeleteYup! saya ada baca dan mengikuti entri dalam blog En. Rudy. Terima kasih kerana kongsi pengalaman itu.