Pages

Thursday, March 29, 2012

Mentor dan Gosok Gigi ; Apa Kaitan ?

"Bangun pagi gosok gigi"
Lala ! lala ! lala !

Ini semangat Mentor ke apa ni ? Tidak sesekali tidak. Saya mahu bercerita tentang gosok gigi. Bukan jenama berus gigi atau ubat gigi ye! Bila cerita tentang gosok gigi semua orang tahu sekurang-kurangnya kena gosok gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari. My Aiman yang 'amat rajin' (sila terbalikkan maksud word ini) gosok gigi tu pun tahu! Tapi berapa ramai yang gosok gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari. Err.. Maksud saya sekali waktu pagi dan sekali lagi sebelum tidur. Bukan time nak jumpa seseorang baru rasa nak gosok gigi.

Ketika berada di universiti dulu, ada satu subjek yang wajib di ambil oleh pelajar yang mahu membuat Latihan Ilmiah. Subjek ini kira macam Pra-Latihan Ilmiah lah! Cuma di buat secara berkumpulan. Dalam banyak-banyak topik yang dipilih ada satu kumpulan yang berfikir secara kritis. Tak terfikir pun ada yang memilih tajuk begitu. Nak tahu apa tajuknya ? "Antara Pelajar Lelaki dan Perempuan Mana lebih Culas Gosok Gigi" (lebih kurang begitu). Hasil kaji selidik yang dilakukan secara rambang maknanya sebahagian dibuat dikawasan dewan kuliah, sebahagian di library dan sebahagian di kolej kediaman menunjukkan 90 peratus pelajar lelaki sebelum tidur tidak menggosok gigi ! Amacam ? Menarik ? Terkejut ? WOW! 

Teringat kata Dr Najib, " Nasib hasil kaji selidik  menunjukkan semua pelajar lelaki gosok gigi sebelum ke kelas, kalau tidak saya tampal memo kat luar sila gosok gigi sebelum kelas bermula!"
 
Kita selalu bercakap jika tak gosok gigi akan buat gigi sakit tapi kita selalu lupa malas gosok gigi terutama sebelum tidur akan mengundang penyakit kronik. Saya warnakan point kat bawah hasil pembacaan saya ye!

Penyelidik juga berpendapat bahawa periodontitis (keradangan gusi) mempunyai kaitan dengan penyakit sistemik seperti penyakit kardiovaskular, strok, diabetes dan pneumonia.
Menurut Presiden Persatuan Pergigian Malaysia (MDA), Datuk Doktor How Kim Chuan, kebanyakan penyakit kronik dan berbahaya boleh berpunca daripada masalah kuman yang membiak di dalam mulut.

Anda setuju ?
Betapa pentingnya gosok gigi hingga nak mati pun gosok gigi. Teringat pesan ustaz saya dulu jika orang nak mati pun sunat kita gosokkan giginya supaya mudah roh keluar dari badan. Maksudnya bukanlah macam kita gosok gigi tu! Tapi memadai dengan mengambil kain lalu gosok perlahan-lahan di giginya. Mana yang dapat. Biasa yang mudah adalah gigi dibahagian hadapan lah!

Tapi mesti ada yang berkata " Mana kita nak tau mati tu bila ?!!" Senang saje, jadi gosoklah gigi selepas makan. Paling tidak kumur-kumurlah supaya bila tersenyum tiada serpihan lada pada gigi !

Bercakap tentang mentor, malam tadi terima sms dari Kak Chik (kak Chik lagi ? Sila baca entry lepas saya tentang siapa Kak Chik) "Siapa Mentor Rin masa kat UUM dulu ?" Lalu saya jawab PROFESOR IRAN HERMAN. Saya tidak ada subjek bawah beliau. Tidak berapa mengenali. Biliknya berhadapan dengan bilik isterinya. Tak silap Fellow Kolej Kediaman Muamalat. Cuma saya cukup berkenan dengan kereta yang dipandunya dulu. 
Seriusly!



2 comments:

  1. kak chik lagi...!? tentu rinn boring dgn sms yang pelik2 tu kan...

    ReplyDelete
  2. Kak Chik,
    Taklah kak. Sebab sms akak selalu beri idea untuk saya menulis. Sebab laluan hidup kita tak sama. Ada warna hitam dan putih yang perlu di adun mesra. kan ?

    ReplyDelete