Pages

Thursday, March 8, 2012

Vanilla Coklat : Dari Drama ke Movie ?

Antara carian Google yg paling tinggi sekarang ini ialah pelakon Vanilla Coklat - Aiman Hakim Ridza. Berada dlm tangga ke 9 dalam carian google di Malaysia dari 10 Februari hingga 16 Februari 2012. Drama Vanilla coklat juga pernah berada dalam pencarian ke 8 Google Malaysia pada 30 hari yang lepas. Punya rating penonton sebanyak 2.9 juta untuk episod ke 10, 3.3 juta penonton untuk episod ke 11, walaubagaimanapun saya gagal mencari rating Episod ke 12. Wow! Dengar-dengar Vanilla Coklat juga akan di angkat ke layar perak. Mungkin populariti di atas menjadi sebab ia difilemkan.

Sebelum tu, sebenarnya saya suka melihat gelagat emak-emak orang cuba menyelesaikan kemelut keluarga mereka, walau cuma surirumah. Memang pada realitinya lebih kurang begitu kan? Surirumah mesti dengar cakap suami, kaki drama ~ akhirnya bila ada masalah yang ditimbulkan oleh bapa-bapa, emak-emak orang inilah yang akan menyelesaikannya mengikut 'teori drama' yang mereka tonton. Begitu juga watak Untie Anne, biar bersendirian untuk 'tugas'menyatukan dua hati yang berlainan jiwa, akhirnya dapat menyentuh hati kedua remaja ini untuk terus bersama. See.... Kuasa wanita!

Kembali ke tajuk asal. Vanila Coklat Dari Drama Ke Filem. Bagus ke dari drama ke layar perak ? Ada baik dan tak bagusnya. Kita tengok tak bagus dulu lah ye! Tak Bagus ni ada dua sebab. Pertama jalan cerita akan menjadi meleret-leret. Biasa jika drama bersiri hingga ke penghujung episod memang telah lengkap segala rempah ratus kecuali jika memang dah merancang untuk angkat drama itu ke filem sejak dari awal pembikinan. Maka akan ada sisi yang belum diteroka dan diterjemah yang akan mencantikkan jalan cerita bila difilemkan.

Kedua, kebiasaannya bila drama di angkat ke filem mungkin akan mendesak, memaksa emosi penonton untuk menyelami emosi watak. Contohnya jika jalan cerita sedih dalam drama, maka bila diangkat ke filem maka 'tingkat' kesedihan akan berganda. Maka filem akan jadi sarat dan 'penat' ~ bagi penonton.

Baik, sebab kita boleh tengok perkembangan watak. Terutama watak antologis. Lagi? Suka betul saya dengan watak antalogis ni! Sebab makin benci penonton, maka ini bermakna mereka berjaya membawakan watak itu dengan baik.

Tapi yang bagus, tentulah rezeki, tuah kepada pelakon dan mereka yang berada disebalik tabir pembikinan filem itu untuk menunjukkan hasil kerja yang lebih baik dari drama. Berusaha untuk menghasilkan skrip agar penonton dapat lihat sisi lain dari drama. Lakonan yang mantap, tak nampak kayu lagi kaku. Kan?

Err... Itu cuma pandangan saya sahaja, tidak mewakili mana-mana pihak. Harap maklum!



1 comment:

  1. bagi saya bagus ape kalau vanilla coklat dari drama angkat ke movie..(pendapat sye sje)

    ReplyDelete