Pages

Friday, April 27, 2012

Kerja Apa ?

Entah untuk kali ke berapa saya ditanya,
" Kerja cikgu ke ?" 
Dan untuk kesekian kalinya saya hanya tersenyum. Sebab dah tak larat mahu jawab. Ada muka cikgu ke aku ni ? Kawan-kawan baik saya selalu cakap, "muka kau garang !". Selalu saya tertanya-tanya, perlukah cikgu bermuka garang baru anak murid takut? Kalau saya punya air muka garang, mengapa selalu kena buli dengan 'situasi'?
"Kau ni banyak songeh lah Rin!" kata kawan saya.

Kerja cikgu tu mulia. Benar, mendidik anak bangsa memerlukan satu jiwa yang benar-benar tulus. Ingat pesan seorang sahabat, katanya sejak dia jadi guru, Solat Tahajjud tak pernah ditinggal, katanya, "Mudah-mudahan hati aku tenang selalu untuk tumpahkan ilmu, agar anak didik mudah faham dan dapat serap setiap ajaran terus ke hati yang paling dalam"

Saya selalu menganggap kerja apa sahaja yang halal dari segi agama dan mata masyarakat adalah mulia. Asalkan dilakukan dengan cara yang mulia. Tidak hanya mulia pada luaran sahaja. Kalau dalam aspek kitaran sosiologi pekerjaan apa sahaja dalam dunia ini tak kira halam atau haram tetap diperlukan dan saling berkait antara satu pekerjaan dengan pekerjaan yang lain. Contohnya kalau tiada penyamun tarbus, maka tak ada polis, peguam, pegawai penjara dan sebagainya.

Teringat saya seorang teman sebilik ketika zaman remaja gedik dulu. Setiap kali melintasi tukang kasut di kaki lima jalan, dia akan membongkokkan badannya. Lalu saya bertanya " Kenapa engkau buat macam tu?"
Jawabnya.

gambar dari google. Gambar adalah hiasan sahaja.
 "Aku hormat dia, sebab mana tau kerja dia lebih mulia, rezeki dia lebih berkat dari kita!"





2 comments:

  1. abang saya, kakak dan sorang adik lelaki bersama pasangan masing2 adalah guru, 2 adik perempuan juga cikgu dan sorang di tahun akhir UPSI InsyaAllah, cikgu jugak. 9 org semuanya tu...


    sebenarnya walau apapun kerja kita, jika hati kita berasa tenang, itu tandanya kerjaya kita sudah tepat

    ReplyDelete