Pages

Friday, July 27, 2012

Adab Berkunjung Ke Rumah Orang VS Adab Menelefon

Ketika di sekolah dulu bila dah nak raya entah berapa kali cikgu-cikgu pesan adab berkunjung ke rumah orang. Entah berapa kali diulang-ulang kesannya terkesan dalam hati hingga sekarang. Mungkin ada yang berpendapat sudah tak berapa relevan lagi, kalau rumah sekarang macamna nak laungkan salam sebab rumah sebesar alam, siapa yang akan dengar! Padahal kita boleh 'relevan' kan ia dengan memetik loceng yang disediakan oleh tuan rumah. Petiklah loceng itu, jika tiada jawapan setelah 3 kali dipetik, maka tinggalkanlah rumah itu. 

Bercakap tentang relevan adab berkunjung juga sesuai jika kita kaitankan dengan adab berkunjung dengan adab menelefon orang. Sekadar pandangan saya sahaja, tidak mengaitkan dengan mana-mana individu samada yang masih hidup atau telah meninggal dunia.

Adab pertama- Memilih waktu yang sesuai
Adab berkunjung : Pada kebiasaannya jika kita sebagai tuan rumah sedia menerima tetamu, bukan waktu berehat-rehat. tapi kalau hari raya rasa-rasa tuan rumah memang sentiasa bersedia.
Adab menelefon : Mungkin pada waktu tengahari tiada masalah, tetapi bukan tengah malam semata-mata melihat nombor telefon individu itu bertebaran di alam maya, lalu kita menganggap 24 boleh ditelefon termasuk membuat panggilan lucah.

Adab kedua- beri salam
Adab berkunjung : Beri salam sebanyak 3 kali jika tiada jawapan maka tinggalkan rumah itu dengan senang hati.. 
Adab menelefon : Menunggu panggilan dengan kadar sederhana, jika tidak diangkat maka telefonlah lagi beberapa waktu kemudian.
*Mana tau tuan rumah atau orang yang ditelefon tak dengar atau tak mahu menerima tetamu sebab asyik dan mahu menonton Vanila Coklat Raya tanpa gangguan. 

Adab ketiga-Berkelakuan Sopan
Adab berkunjung : Seeloknya berdiri disebelah kanan atau kiri pintu, tidak betul-betul berada di depan pintu bagi mengelak pandangan terus ke dalam rumah. Mana tahu tuan rumah tidak menutup aurat dengan sempurna atau keadaan rumah yang kacau bilau, maklum ada ramai anak-anak kecil.
Adab menelefon : Memperkenalkan diri dan tidak membuat suara yang pelik-pelik

Bila kita selak kembali sejarah mengapa Islam mementingkan adab berkunjung ini, ia ada kaitan dengan satu kisah seorang wanita datang menemui Rasulullah SAW lalu berkata "Ya Rasulullah, saya berada di dalam rumah saya dalam keadaan yang saya tidak suka seorangpun melihat saya, samada ayah saya atau anak saya. Lalu tiba tiba datang seseorang masuk ke dalam rumah saya, maka apakah yang patut saya lakukan?" Lalu turunlah ayat dari Surah An Nur: 27 - 29 yang bermaksud "Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu memasuki rumah yang bukan rumahmu sebelum meminta izin dan memberi salam kepada penghuninya. Yang demikian itu lebih baik bagimu, agar kamu (selalu) ingat. Jika kamu tidak menemui seorangpun di dalamnya, maka janganlah kamu masuk sebelum kamu mendapat izin. Dan jika dikatakan kepadamu: "Kembali (saja) lah", maka hendaklah kamu kembali. Itu lebih bersih bagimu dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.Tidak ada dosa atasmu memasuki rumah yang tidak disediakan untuk di diami, yang didalamnya ada keperluanmu, dan Allah mengetahui apa yang kamu nyatakan dan apa yang kamu sembunyikan".

Waallahualam.

Saya juga pemilik blog http://azrinna-kiosk.blogspot.com




No comments:

Post a Comment