Pages

Friday, July 20, 2012

Ramadhan

Mudah-mudahan Ramadhan tahun ini kita mampu mengisi segala 'ruang' Ramadhan ini dengan sebaik-baiknya. Siapa tahu Ramadhan ini adalah Ramadhan terakhir kita. Isilah ia dengan seluruh kebaikkan hingga mampu dilihat sinarnya biar dari langit sekalipun.

Dulu pengumuman 1 Ramadhan dan 1 Syawal penuh dengan debaran, penuh dengan teka teki. Kalau cicak yang buat bising ketika pengumuman dibuat, laju aje tangan ini melastik supaya senyap seketika. Namun sekarang tiada lagi, malah malam tadipun aku tak tahu bila pengumuman itu dibuat. Sebab utama 'keindahan' teknologi telah menelan segala debaran. Malah 1 Ramadhan untuk 5 tahun akan datang pun boleh diketahui hari ini. Jadi tiada cicak yang akan menjadi mangsa lastik getah pengikat tempe lagi ! Pasti cicak bersyukur dengan teknologi!

Selaju mana teknologi sepatutnya semakin pesat ibadah kita untuk Ramadhan. Bukan semakin malas kaki dan hati untuk melaksanakan ibadah. Puasa bukan untuk habiskan masa dengan tidur sahaja dengan alasan sunat untuk tidur. Bayangkan jika tidur dari selepas Subuh hingga cecah Asar. Yang sunat dapat, yang wajib terbarai. 

Dari tadi aku tertanya-tanya dalam hati, sudah sedia kah untuk projek amalan Ramadhan ?  Mudah-mudahan minda ini sudah sedia untuk menggerakkan seluruh anggota mengisi hati Ramadhan.

Salam Ramadhan, Satu Bulan Yang Sangat Di Tunggu!


Saya juga pemilik blog http://azrinna-kiosk.blogspot.com

No comments:

Post a Comment