Pages

Friday, September 28, 2012

Sandwich Kehidupan


Perasan tak kehidupan kita umpama sandwich. Samada kita menjadi roti atau inti. Menjadi roti sanwich kita tekan semua orang. Kita mahu semua orang mendengar cakap kita tanpa bantahan kerana kita fikir kita betul dan orang lain tak betul. Jika kita masuk dalam sebuah keluarga kita mahu satu keluarga itu ikut cakap kita tanpa membantah. Kita sendiri tak tahu yang kita ini hanya roti sandwice yang bisa rentung bila terlalu lama dalam pembakar roti. Yang jadi mangsa adalah inti sanwich. Menerima segala keadaan. Tapi wahai roti sandiwe jangan ko lupa tanpa inti memang tak sedaplah kamu wahai roti. Dan jangan lupa dek kerana tekanan kamu inti sanwich akan terkeluar dari posisi. Kamu mau kata apa lagi, masa tu kan ?

Sekarang nak cerita pula tentang ceretera terperam dalam minda. Tentang majlis perkahwinan anak Pak Bos pada penghujung Aidilfitri yang lalu. Baru kali pertama menerima menantu. Aku terpusing di sana sini. Apa mau makan. Semua nampak sedap. Maka, ambil sedikit nasi supaya dapat merasa yang lain-lain serba sedikit. Akhir sekali berkongsi kuih dengan My Aiman. 
Katanya "Sedap nasi minyak kat rumah bos mama ni"


   Koci dan kek coklat

 Muffin, jambu batu dan oren
Sempat ambil gambar dari jarak jauh, tempat makan pengantin. Ambil dari jauhlah. Dekat-dekat nanti orang ingat aku pulak jurugambar pengantin.


Siap makan, jumpalah tuan rumah. Bos aku bising-bising "Kenapa ko makan kat depan tu, makanlah tempat VIP". Mana kita tau kan, lainlah kalau dari depan rumah tulis siapa senarai VIP. Tapi lagi best makan kan tempat biasa. Boleh jalan-jalan tengok apa mau makan. boleh termenung kejap fikir apa mau makan. Sudahnya sikit aje makan. Maklumlah telah telah 3 biji Omega sendiri mau ingat !

Biasakan adat kita mesti dapat cenderahati untuk dibawa pulang. Aku, suami dan My Aiman pun dapat. My Aiman berbisik "Ma, bos mama tak bagi nasi ke ?" Tak sudah-sudah dengan nasi budak ni. Lalu aku jawab "Nak nasi pergi basuh periuk la !" My Aiman garu kepala. Faham ke tidak budak ni ! Tak sabar nak tau apa dalam kotak berwarna silver ni. Macam kotak minyak wangi kan ? Kalau betul minyak wangi, biar betul bos aku ni ! Sangat eksklusif ken ?

Aku pun buka. Teka apa didalamnya ?


KEK GULUNG !

Serius kek ni sangat sedap. Biasa kek gulung beserta inti sangat manis bukan ? Tapi kek ni tak manis, lembab dan lembut. Entah mana bos aku order. Aku rasa kotak yang bereben merah dan hitam ini untuk tetamu VIP kot. Sebab tengok suami dan My Aiman tiada reben. Ok lah Bos selamat menerima menantu. Teringat aku kena kan bos ketika majlis berbuka puasa bersama Ahli Lembaga pengarah dan keluarga,
"Pak Bos yang nak kahwin Encik ke anak Encik ?"
"Ko ni ...... Anak akulah, aku kan dah tua..."
"Owh......"



No comments:

Post a Comment