Pages

Friday, November 2, 2012

Sardin Roll Rentung

Dah lama tak menulis kat sini. Blog ini adalah 'wadah' permulaan saya belajar tentang menulis blog. Bermula dengan catatan penyusuan susuibu dan sekitar kehidupan.

Hari ini sekadar mahu menulis tentang sarapan pagi tadi. Pun hanya berasaskan roti. Itu pun memikirkan roti akan expire. Roti fiber ni kesukaan My Aiman tapi sebab keju dah habis maka 'tak lakulah' roti ni. Lalu terciptalah sardin roll.

Bahan-bahan
Roti keping ( saya guna roti fiber Gardenia)
Sardin
Bawang besar
Lada besar
Daun sup
Daun limau purut (jika suka)
Garam secukup rasa
Telur (sebagai coat)
(Sukatan adalah campak-campak)

Cara-cara
Tumis bawang dan lada masukkan sardin dengan sedikit sosnya, garam dan akhir sekali daun sup dan daun limau purut. Lenyekkan roti isi inti dihujung kemudian roll sebelum sapu tepung gandum bercampur air sapu kat hujungnya.


Ambil sibiji telur pukul dengan garfu, celup dan bakar kat kuali leper. Balik-balikkan sampai kekuningan.


Cuma, resepi ini merujuk kepada sardin roll rentung ciptaan saya. Biasalah sambil memasak, sambil jawab sms. Sebab telefon sekarang berbunyi tanpa mengira waktu. Bunyi telefon itukan rezeki. Alhamdulillah.


Makan 2 biji sardin roll dengan ESP dah cukup kenyang sampai tengahari. Alhamdulillah.


No comments:

Post a Comment