Pages

Tuesday, December 11, 2012

Teh Tarik Bertopi

Kata orang jauh perjalanan luas pemandangan. Tapi kadang-kadang tak perlu jauh, dekat pun boleh aje nak meluaskan pemandangan. Kalau selalu kita minum teh tarik pasti hasil tarikan membuahkan buih-buih yang melangkaui bibir gelas bukan ? Tapi ada kedai yang menyediakan penutup pada gelas teh tarik, jadi tidak adalah buih yang melimpah.


Segelas teh tarik bersama penutup. Secara logiknya air teh ni panas dan kita tak akan minum habis dengan sekali hirup. Ayah kata walaupun makanan atau minuman tidak diberakkan cicak bila terdedah, siapa tahu jika ia diberakkan jin. Kesannya hati jadi keras dan perangai jadi degil tak bertempat ! Betul ?

Menariknya kedai makan ini dibuka sejak dari pukul 3.30 pagi lagi. Menunya Nasi Beryani ayam dan kambing, nasi campur, pelbagai jenis mee. Pendek kata menu berat-beratlah ! Kata empunya kedai, oleh kerana kedainya berhampiran dengan TOL Tangkak maka kebanyakkan pelanggannya di awal pagi adalah pemandu lori. Maka ketika aku datang tiada makanan yang tinggal, hanya roti puri ni sahaja.


My Aiman nampak benda pelik ni terus makan walau pada awalnya dia kata tak mahu, masih kenyang. Kedai ini juga di tutup sekitar 10.30 pagi ketika orang mencari minum pagi. kata empunya kedai lagi "Bagi rezeki pada kedai minum lain pula, pak cik nak rehat pulak". Uniknya Hamba Allah ini menelah tentang rezeki.

Motif utama sebenarnya mahu ke Zoo Melaka, biasalah sambil menyelam kita minum teh tarik ! Zoo dan binatang memang sinonim, siapa pun tahu akan hakikat itu. Tapi saya paling suka tengok deretan pokok bunga yang indah berkembang. Wanita dan bunga umpama jari telunjuk dan jari hantu sebab dua jari ini sahaja yang sepadan bila dirapatkan.





My Aiman ke zoo bukanlah nak tengok binatang sebenarnya, dia cuma nak naik ini sahaja.
 


Lama tunggu tram ni, sebab hujan dan jalan licin, maka memang tak boleh jalanlah kenderaan ini. Tapi Alhamdulillah bila dah nak tengahari dapat juga my Aiman naik. Sepanjang menanti tram ini, sempat menonton persembahan haiwan di pentas yang disediakan.





Edisi ke zoo kali ini melengkapkan jadual kali ke-4 ke Zoo Melaka untuk tahun 2012. Mungkinkah tahun 2013 akan penuh lagi dengan agenda ke Zoo Melaka ?
















No comments:

Post a Comment