Pages

Friday, December 21, 2012

Tiga Puluh Empat

Semalam 20 Disember genaplah aku 34 tahun. Tiada sambutan hari lahir. Hanya ucapan dari teman-teman mukabuku. Syukur Allamdulillah !

Sejak dari kecil memang tiada sambutan hari lahir besar-besar, kerana bukan dilahirkan dalam dulang emas atau dulang perak. Jadi tak terasa apa-apa! Tapi ketika di kampus selalu bersambut sekadar berkongsi keriangan anak perantau. Cukup hanya dengan sebiji kek yang bertukar tangan dari satu bilik ke satu bilik. 

Gambar di bawah ini adalah salah satu sambutan tarikh lahir 'berganda' iaitu tarikh lahir yang cuma selang 2, 3 hari jadi di sambut serentak. Tapi bukan sambutan akulah ye ! Teman-teman lama, korang ingatlah sendiri ye !

 
Bila dah dewasa memang tiada keriangan menyambut tarihk lahir. Sekadar tarikh yang menunjukkan umur yang semakin bertambah bersama bertambahnya cabaran kehidupan dan pengalaman. Tiada siapa akan menafikan.

Tapi paling terkesan adalah bagaimana sambutan hari lahir di sambut oleh teman-teman sekampus di hujung pengajian dulu. Walau seperti biasa tiada sambutan yang besar-besar tapi benda yang gila-gila ni buat aku terkenang sampai hari ini. 'Majlis' di buat di padang sepak takraw di Kolej Kediaman TELEKOM. Di terangi oleh lilin yang menerangi padang tu. Tiada makanan istimewa, hanya sebiji kek dan air karbonat.

Konon mahu kenakan aku tapi dapat aku hidu sebab selama aku kenal kawan-kawan takkan mereka tak tahu jadual buka dan tutup perpustakaan. Sepanjang aku kat UUM, perpustakaan UUM tak pernah di buka pada hari Jumaat sebelah malam. Hanya setakat 4.30 petang sahaja. Datang dari mana idea  "Nak pinjam kad matrik ko ! Aku punya kuota pinjam buku dah penuh! bak sini kad matrik ko, aku tunggu kat bawah !

Aku buat tak layan dan off telefon. sekarang aku rasa menyesal sebab buat macam tu. Patut aku pura-pura ianya dan turun ke bawah dan buat-buat terkejut ! Poyolah aku ni!

Tapi aku akhirnya turun juga tapi tak ingat lagi dah sebab apa aku turun.

Ha! Ha! Ha! tapi itu kenangan terindah sebab lepas tu tiada lagi sambutan yang 'serba kekurangan' tetapi penuh keriangan.
Terima kasih Chin ! Terima kasih Citot, Terima kasih Zol ! Terima kasih Udi !
Sambutan yang hanya berlima sebab kawan-kawan lain dah tamat pengajian. Tinggal aku, Citot dan Zol yang meraikan semester 8 ! Chin dah tamat tapi stay kat bilik aku meraikan zaman SSL kat HEA.

Sesuatu yang aku belajar adalah, hargai orang yang ada disekeliling kita hari ini selagi mereka masih ada bersama kita. Sebab kenangan yang pahit dan manis itu akan terus subur dalam minda bawah sedar kita dan pada suatu hari kadang-kadang kenagan pahit itu akan buat kita tersenyum dan kenangan manis itu akan buat kita menangis kerana hati kecil kita tak pernah berbohong untuk mentafsir setiap cerita semalam.




No comments:

Post a Comment