Pages

Friday, January 11, 2013

Delivery Order 'Tanggungjawab'

Delivery Order Pertama
Ada yang menagih tanggungjawab isteri walau bukan bagi pihak suami. Membuat delivery order untuk perlu sentiasa ada disisi suami 24 jam.

Delivery Order Kedua
Seorang anak yang setia menanti dimuka pintu dikala Maghrib menjelma untuk bermain dengan himpunan lori dan kereta yang ada sebahagiannya sudah patut dihantar ke kedai barangan lusuh.

Delivery Order Ketiga
Tugasan di pejabat yang semakin menyesakkan nafas demi untuk bersaing pada nafas global kapitalis dan sosialis.

Delivery Order Keempat
Ibu bapa yang menanti bila free mahu 'merempit' dengan kereta anak ayam ? Setiap kali keluar katanya tak de apa barang-barang dapur yang habis, anehnya 10 kali 'merempit' 10 kali penuh perut anak ayam aku.

Delivery Order Kelima
Blog yang menagih percikan api hasil biasan ilmu bercorak makanan tambahan dan catatan diari kehidupan.

DELIVERY ORDER SEORANG AKU
Sujud di sepertiga malam agar sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, mampu melunaskan semua tanggung jawab yang terakru hasil laporan beraudit pengalaman. Mampu tersenyum, berlari membawa lentera agar dapat dipinjam semangat berjuangnya walau hebat membelah badai ditengah laut. Sesungguhnya hanya Engkau tempat aku bersujud di kala senang dan susah. AMIN !




No comments:

Post a Comment